Motosikal

KYMCO DAFTAR PATEN MOTOR BERASASKAN KAWASAKI ER6

Umum mengetahui bahawa Kwang Yang Motor Company atau lebih kita kenali dengan nama Kymco dari Taiwan memang telah lama menjalinkan kerjasama bersama Kawasaki Motor. Antara produk yang pernah dipinjam Kawasaki ialah All Terrain Vehicle (ATV) Brute Force 300, Skuter J300 dan terbaru J125.

Kerjasama begini sudah tentu menghasilkan situasi menang-menang pada kedua-dua pihak. Pertukaran teknologi terbaru yang terhasil ialah peralihan produk Kawasaki kepada Kymco pula. Di pejabat Hak Intelek Eropah, Europe Union Intellectual Property (EUIP), Kymco sudah mendaftarkan satu paten motosikal jenis naked.

Dari lukisan kasar yang diperolehi, jelas ia memperlihatkan garis bentuk Kawasaki ER6N. Walaupun merupakan pengeluar motosikal yang berpengaruh di Eropah, produk Kymco lebih cenderung kepada skuter. Motosikal naked atau streetbike paling besar mereka terhad pada enjin 250cc sahaja.

Kymco er6 (2)

Kymco er6 (1)

Justeru, meminjam teknologi rakan niaga mereka Kawasaki sudah tentu menjimatkan masa dan belanja. ER6 terkenal sebagai motor asas yang boleh diharap, setelah 2 generasi di pasaran, teknologi motosikal ini dipindahkan kepada Kymco.

Susunan enjin, lengan ayun belakang dan ekzos nampak tidak banyak berubah dari dimensi ER6. Namun lebih jelas, Kymco menggunakan fork depan jenis terbalik (USD fork), kerangka jenis trellis. Rekabentuk badan juga lebih “garang” dan tajam seperti Z800.

Beberapa hari lepas, diberitakan Modenas telah mengambilalih hak pasaran Kymco di Malaysia. Sudah tentu ia berita baik dan bayangkan kalau Kymco rebadge ER6 kemudian Modenas ambil dari Kymco dan rebadge jadi Modenas ER6.

Sepatutnya harganya lebih murah, lebih 2 kali potongan harga tu.

Faham ke tak ni?

 

 

 

 

Google ads
Back to top button