Artikel Pilihan

TEKNOLOGI MUDAH INI MEMBOLEHKAN PELUMBA MOTO GP MINUM KETIKA BERLUMBA

Berlumba samaada motosikal ataupun kereta dan juga F1 merupakan satu jenis sukan yang akan menyebabkan pelumba akan berpeluh. Jika pelumba kehilangan cecair badan terlalu banyak, mereka boleh terhidrat dan seterusnya konsentrasi mereka ketika berlumba akan terjejas terutama ketika cuaca panas

Bagi mengelakkan prestasi pelumba merosot disebabkan berpeluh ketika berlumba dan mengembalikan cecair ke dalam badan, setiap sut pelumba moto GP akan dipasang dengan bonggol yang berada di belakang badan di bawah kepala dengan kapasiti muatan air sebanyak 300ml.

Air dalam bonggol ini boleh disedut oleh pelumba menerusi satu siri tiub dari bonggol, ke bahagian belakang topi keledar dan ke bahagian muka di mana muncing tiub ini boleh diakses oleh pelumba dengan senang. Bagi memudahkan pelumba, straw ini tidak perlu dioperasikan dengan tangan, cukup sekadar ditarik dengan bibir saja

Bagi memulakan proses minum air, pelumba perlu mengigit sedikit straw dan menyedut air dari straw. Air akan berhenti mengalir jika straw tidak disedut oleh pelumba. Bonggol yang wujud pada sut di bahagian belakang bertindak sebagai tempat simpanan air, turut digunakan untuk menyimpan sistem elektronik bagi mengaktifkan beg udara perlindungan

Sistem elektronik akan disimpan dibahagian bawah bonggol manakala air akan disimpan pada bahagian atas bonggol. Rekaan bonggol ini juga sebenarnya turut membantu dari segi aerodinamik ketika halaju tinggi. Tiub straw akan dipasang pada bahagian atas bonggol ini bagi membolehkan pelumba menyedut air.

Topi keledar yang diluluskan oleh FIM seperto AGV Pista GP RR juga akan datang dengan sistem tiub yang boleh disambung terus dengan sut perlumbaan. Tiub ini terbina dalam kolar topi keledar dari bahagian depan (muka pelumba) terus ke belakang dimana bonggol sut perlumbaan dibina

Di dalam bonggol tadi, water bladder atau beg air akan dipasang namun bergantung pada pasukan, rekaan beg air ini akan berbeza antara satu sama lain. Walaupun kuantiti 300ml ini tidak banyak sekadar satu tin air Coca Cola, namun ia sudah cukup untuk perlumbaan yang berlangsung antara 45 hingga 60 minit

Lepas habis berlumba, kalau dahaga lagi boleh minum teh tarik atau air mineral bergelen-gelen tanpa ada masalah.

Google ads
Back to top button