TEMPAHAN CHERY OMODA E5 DIBUKA, TIBA DI PUSAT PAMERAN HUJUNG MINGGU INI – ANGGARAN HARGA SEKITAR RM160K
Chery Malaysia baru-baru ini mengumumkan model baharunya, Chery OMODA E5 akan tiba di pusat pameran Chery di seluruh negara, bermula hujung minggu ini.
Pelanggan dan peminat-peminat kenderaan Chery dijemput untuk melihat secara langsung kenderaan elektrik tulen ini serta membuat tempahan sebelum pelancaran rasmi OMODA E5.
Dijangkakan berharga sekitar RM160,000, Chery OMODA E5 merupakan pilihan menarik untuk rakyat Malaysia yang ingin memiliki mobiliti elektrik.
Model EV berkenaan bakal dilancarkan pada Mac tahun ini dan beberapa unit terawal Omoda E5 akan didatangkan dalam bentuk import sepenuhnya (CBU).
Omoda E5 didatangkan dengan bahasa rekaan ‘interstellar shuttle design’ termasuk rekaan gril hadapan kosong, rim bersaiz 18-inci, tuil gear tidak diletakkan di tengah tetapi ditempatkan pada stereng.
Selain itu, Omoda E5 turut membawakan skrin Ultra Clear bersaiz 24.6-inci yang dikuasakan oleh sistem cip (SoC) Qualcomm 8155 dengan resolusi 1920×720 dan dikemaskan lagi melalui upholsteri kulit berwarna hitam untuk tempat duduk.
Beralih kepada kuasa, Omoda E5 dikuasakan oleh motor elektrik tunggal pacuan roda depan, berupaya menghasilkan 201hp dan 340Nm.
Melalui pek bateri berkapasiti 61 kWh, ia menawarkan jarak gerak sehingga 450km dan boleh dicas 20-80 peratus, mengambil masa sekitar 35 minit menggunakan pengecasan pantas DC 80kW.
Chery OMODA E5 juga telah berjaya dalam Ujian Merentasi Air dan Ujian Mencengkam Lantai, membuktikan bahawa kenderaan elektrik ini mampu mengendalikan pelbagai rintangan, memastikan pengalaman memandu yang lebih selamat.
Untuk maklumat lanjut mengenai OMODA E5, layari https://www.chery.my/models/omoda-e5/.
- BACA: UMWT PERKENALKAN INISIATIF BEYOND ZERO, CAPAI MATLAMAT NEUTRALITI KARBON MENJELANG 2050
- BACA: PENGEMIS MILIKI PROTON X70, DAPAT RM500 SEHARI – MODAL MUKA SIMPATI
- BACA: BYD SEAL RASMI DILANCARKAN – DUA VARIAN, TAWAR JARAK GERAK 650KM, HARGA BERMULA RM179K
- BACA: PUTIN HADIAHKAN JONG UN AURUS SENAT LIMO MEWAH – SEKATAN PBB DAH KE LAUT KE?