Buletin

TEMPAHAN ZEEKR 009 EXECUTIVE KINI DIBUKA – HARGA BERMULA RM310K UNTUK 500 PELANGGAN PERTAMA

Zeekr terus memperkukuh kedudukannya dalam segmen MPV elektrik mewah di Malaysia dengan pengenalan varian Zeekr 009 Executive.

Varian Zeekr 009 Executive kini hadir dengan naik taraf sistem suspensi, menjadikannya lebih selesa dan berprestasi tinggi.

Naik taraf utama kali ini adalah penukaran sistem suspensi udara daripada jenis single-chamber kepada dual-chamber air suspension.

Penambahbaikan ini direka khusus untuk memberikan keselesaan pemanduan dan dinamik pengendalian yang lebih responsif, sekaligus meningkatkan lagi pengalaman premium.

Sorotan Spesifikasi Zeekr 009 Executive:

  • Pacuan roda hadapan (FWD) dengan motor tunggal
  • Kuasa maksimum: 250kW (kira-kira 335 hp)
  • Tork maksimum: 373Nm
  • Pecutan 0–100 km/j: 7.9 saat
  • Jarak pemanduan (WLTP): 604km dengan satu cas penuh
  • Suspensi udara dua ruang (dual-chamber air suspension) – ciri baharu
  • Konfigurasi tempat duduk: 7 tempat duduk sahaja
  • Harga: RM310,000 untuk 500 pelanggan pertama

Dengan gabungan kuasa yang memadai, jarak pemanduan mengagumkan, dan kini dilengkapi teknologi suspensi lebih canggih, Zeekr 009 Executive menampilkan pakej lengkap untuk mereka yang mencari MPV elektrik bergaya premium tanpa mengorbankan keselesaan atau prestasi.

Varian ini dijangka menarik perhatian keluarga moden, eksekutif dan peminat EV yang mahu sesuatu lain daripada kebiasaan.

Tempahan kini dibuka, dan dengan tawaran harga RM310,000 untuk 500 unit pertama.

Google ads
Back to top button