Buletin

TESLA EXPERIENCE CENTRE KINI DI GURNEY PLAZA

Tesla terus memperluas kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan rasmi Tesla Experience Centre di Gurney Plaza, Pulau Pinang.

Terletak berhampiran pintu masuk Kelawai, pusat ini memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri inovasi teknologi Tesla, termasuk barisan Model 3 dan Model Y baharu.

Model Y, yang kini memegang gelaran sebagai kenderaan paling laris di dunia dan menerima penarafan keselamatan tertinggi di empat benua, turut dipamerkan dalam pembukaan pusat ini.

Pengunjung berpeluang menjadi antara yang terawal mencuba pandu uji Model Y baharu, selain menikmati sokongan pemasangan pengecas rumah secara percuma dan skim pembiayaan kadar faedah rendah, dengan keseluruhan insentif bernilai sehingga RM28,000.

Tesla turut memperkenalkan Green Mobility Incentives Program bagi menggalakkan organisasi dan pekerja yang sehaluan untuk beralih kepada kenderaan elektrik demi masa depan lebih lestari.

Sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang untuk meningkatkan pengalaman pemilikan Tesla di Malaysia, syarikat ini giat memperluaskan rangkaian lokasi pengalaman, perkhidmatan selepas jualan, dan liputan infrastruktur pengecasan.

Ketika ini, Tesla menyediakan 14 stesen Supercharging dengan 64 pengecas dan 15 stesen Destination Charging dilengkapi 70 Wall Connector. Pelanggan juga boleh mencuba pengalaman pengecasan ‘Plug and Charge’ secara percuma di lokasi Destination Charging.

Enam lagi stesen Supercharging dijangka akan dibuka tidak lama lagi di Malaysia.

Google ads
Back to top button