Advertorial

HONDA MALAYSIA LANCAR EV PERTAMA – HONDA e:N1 SERBA BARU

Kali pertama penulis melihat model SUV elektrik Honda e:N1 adalah ketika pameran Kuala Lumpur International Motorshow (KLIMS) 2024. Sangkaan buruk penulis ialah – senang kerja Honda.

Ambil HR-V, buka tangki minyak dan enjin dan masukkan bateri serta motor elektrik dan siap sebuah SUV elektrik. Dan inilah kesilapan terbesar kebanyakan pembaca dan peminat automotif 

Untuk memahami sejarah pembangunan kereta elektrik oleh Honda, kita perlu berpatah balik 28 tahun yang lepas iaitu pada tahun 1997. Tahun ini merupakan tahun yang bersejarah bagi Honda dengan pelancaran Honda EV Plus iaitu kereta  elektrik kompak pertama dari jenama Honda

Honda EV Plus menggunakan bateri NiMH berkapasiti 28.7kWh, dengan motor elektrik menjana 66 kuasa kuda dan 275Nm tork. EV kompak ini mampu dipandu sejauh 129km sehingga 169km untuk satu pengecasan penuh

Sebanyak 325 unit Honda EV Plus diserahkan kepada pelanggan dan ketika inilah Honda belajar 3 cabaran terbesar dalam pembangunan kereta elektrik. Antaranya ialah motor elektrik terlalu besar, bateri terlalu berat dan masa pengecasan yang terlalu lama

Pengalaman dan pembelajaran dari proses pembangunan Honda EV Plus ini membolehkan Honda meneroka peluang lain dalam penggunaan tenaga yang lebih bersih seperti sel bahan api dan juga hibrid

Perkembangan teknologi bateri yang semakin berkuasa dengan pengenalan bateri ion lithium menjadikan penerokaan semula dalam teknologi EV yang menjadi semakin relevan menjelang tahun 2020, sebagai detik permulaan kereta elektrik moden

Semasa pembangunan platform e:N Architecture F, Honda memberi penekanan kepada pembangunan platform ketegaran tinggi, pusat graviti yang rendah, dan ciri aerodinamik yang bagus bagi memastikan e:N1 memberikan pengalaman pemanduan yang meyakinkan dan menyeronokkan sebaik sahaja roda stering digenggam

Honda bukan membangunkan 1 platform, tapi 3 jenis platform dengan pacuan roda depan, pacuan semua roda dan pacuan roda belakang bagi memenuhi aspirasi kehendak pasaran utama Honda di China, Amerika dan juga Jepun serta Asia Tenggara

Keadaan ini selari dengan pengumuman Honda pada tahun 2022 yang memiliki visi untuk melancarkan sehingga 30 buah model elektrik dengan kapasiti pengeluaran kereta elektrik sebanyak 2 juta unit setahun menjelang tahun 2030

Bagi pasaran Malaysia dan Asia Tenggara, Honda mengetengah model e:N1 yang dibangunkan dengan menggunakan platform e:N Architecture F dengan motor elektrik berkuasa 204 PS dan 310Nm tork.

Honda e:N1 serba baru ini dipadankan dengan bateri Nickel Manganese Cobalt sebesar 68.8kWh bagi memberikan jarak pemanduan sehingga 500km mengikut standard NEDC. Berbeza dengan jenama lain, Honda e:N1 memberi penekanan pada pecutan yang lancar tapi pada masa yang sama mengekelkan ciri ketangkasan jentera Honda

Rekaan ruang kokpit juga mengetengahkan kehendak pengguna masa kini yang mahukan skrin 15.1 inci yang besar, bertindak sebagai medium kawalan untuk unit penyaman udara, sistem kawalan kenderaan dan juga unit multimedia

Untuk membina hubungan 2 hala dengan kenderaan, Honda memilih untuk mengekalkan butang kawalan gear, brek parkir elektrik dan juga ciri Autohold selain daripada butang pilihan mode pemanduan

Skrin 10.25 inci pula bertindak membekalkan maklumat pemanduan penting kepada pemandu sepanjang masa. Dalam pembangunan e:N1, Honda memberi penekanan pada pembangunan yang menumpukan pada keseronokan pemanduan yang sukar diungkapkan dengan membaca data spesifikasi

Sebaik sahaja pemandu duduk di kusyen pemandu dan memegang roda stering, Honda e:N1 menawarkan kawalan penuh pada pemanduan dengan ergonomik yang cukup cemerlang, memberikan respon yang pantas pada kehendak pemandu termasuklah input stering yang akhirnya memberikan keseronokan pemanduan yang tiada pada model lain

Honda juga menjemput semua peminat dunia permotoran untuk merasai sendiri DNA pemanduan Honda dengan membuat tempahan di https://prebook.honda.com.my

Bakal pembeli dan pemilik Honda e:NA juga boleh merasai sendiri penawaran unik pemanduan Honda in di 8 pengedar bertauliah Honda iaitu:

  1. Peringgit Sri Motor Sdn. Bhd. 
  2. Tiong Nam Motor (M) Sdn. Bhd. 
  3. Ban Hoe Seng Auto Sdn. Bhd. 
  4. Vivahill Auto Sdn. Bhd. 
  5. Ban Lee Heng Motor Sdn. Bhd. 
  6. Kah Motor Co. Sdn. Bhd. (Tebrau)
  7. HZN Cars Sdn. Bhd.
  8. Accord Auto Sdn. Bhd.  

Google ads
Back to top button