Artikel Pilihan

BOSS BESAR BMW KATA “SEMUA ORANG SUKA REKAAN XM”.

BMW XM merupakan model kedua yang dibangunkan oleh subsidiari BMW M selepas model BMW M1 namun ia menerima pelbagai pandagan daripada pakar automotif dan wartawan selepas melihat rekaan luar XM yang agak luar biasa berani. Tapi BMW pula berpendapat, semua orang sukakan rekaan ini

XM dibangunkan dengan menggunakan platform CLAR (cluster architecture) serta dikuasakan dengan menggunakan enjin 4400cc V8 S68 dan juga dipadankan dengan sistem turbo berkembar. Selain itu, satu motor elektrik dengan 193 kuasa kuda dan 281 Nm tork ditanam antara enjin V8 4400cc ini dengan transmisi 8 kelajuan ZF

Dengan bateri lithium ion sebesar 25.7kWh, sistem enjin dan motor elektrik ini berupaya menjana sehingga 644 kuasa kuda dan 800Nm tork. Format PHEV yang digunakan oleh BMW ini membolehkan XM dipandu sehingga 88km dalam mode elektrik sepenuhnya.

Ketika berucap di Amerika bersempena pelancara BMW 7 Series dan juga i7, boss nombor satu BMW iaitu Oliver Zipse berkata rekaan agresif jeriji buah pinggang BMW adalah sengaja dilakukan bagi kegunaan model BMW yang akan datang

Malah Zipse juga mengatakan rekaan M3, M4 dan XM berjaya menarik perhatian pelanggan baru yang kaya serta meningkatkan imej kumpulan BMW

“Jika anda mahukan rekaan moden dengan konsep futursitik, secara automatik rekaan tersebut akan menjadi kontreversi. Ini yang kami mahukan. Memang ramai yang akan memuji atau mengeji rekaan ini, tapi semua orang akan menyukai rekaan ini” ujar Zipse

Zipse juga berkata bahawa strategi baru BMW ialah rekaan kontreversi akan membawa lebih banyak pelanggan, satu analisa yang ditemui selepas pelancaran BMW 7 Series E65 yang dihasilkanoleh Chris Bangle. Walaupun nampak kuang laku, ia berjaya dijual lebih banyak berbanding 7 Series E38

Lebih banyak kontroversi adalah lebih baik, pemasaran percuma walaupun ia adalah “bad publicity”. “Saya mahukan lebih banyak kontreversi. Kalau tiada kontreversi maka ia adalah rekaan yang salah dan terlalu senang. Daripada ini, BMW akan mendapat banyak pemasaran percuma” ujar Zipse

Google ads
Back to top button