Artikel Pilihan

FERRARI DIRAKAM SEDANG MENGUJI LAMBORGHINI HURACAN STO DI LITAR FIORANO – ADA PLAN BAEK KE?

Ia satu perkara yang biasa sebenarnya jika sesebuah syarikat menguji kenderaan buatan pihak lawan untuk mempelajari sesuatu ataupun sebagai penanda aras dalam pembangunan kenderaan. Tapi kalau Ferrari ‘ membelasah’ kenderaan keluaran syarikat lain dalam litar ujian Fiorano mereka sudah tentu ada sebab yang munasabah. Apatah lagi kenderaan yang diundi ialah keluaran seteru ketat mereka, Lamborghini.

Pemandu penguji di dalam video dilihat mencuba sedaya upaya untuk mencapat had kawalan Lamborghini Huracan STO di dalam litar Fiorano. Dapat dilihat Huracan tersebut meluncur laju sambil membuat aksi gelongsor yang kelihatan kekok. Nampak sangat Ferrari sedang menguji sistem kawalan STO.

Banyak aspek yang mesti diuji sebenarnya untuk mengetahui kehebatan jentera keluaran Lamborghini tu bang. STO menggunakan sistem suspensi yang ditala untuk perlumbaan, four-wheel steering, sistem kawalan cengkaman yang sofistikated dan stereng ratio-tetap. Rasanya memang pemandu tersebut sedang menguji faktor-faktor ini.

STO juga dilengkapi dengan enjin V10 5.2 liter yang mampu menghasilkan 630 hp kuasa maksima dengan dengan tork setinggi 565 Nm dengan pacuan belakang. Output ini berjaya dicapai kerana hampir 75 peratus daripada komponen badannya dihasilkan dari gentian karbon, cermin hadapan yang sangat ringan dan rim yang diperbuat dari magnesium.

Hasilnya pecutan 0-100 km/j hanya mampu dicapai dalam masa lebih kurang 3.0 saat. Kelajuan 200 km/j hanya mengambil masa 9.0 saat dan jika anda seorang pemberani, kelajuan maksima boleh mencecah 310 km/j. KL ke Kota Bharu tak sampai 2 jam. Kalau ada Autobahn la.

Cuma belum dapat kepastian sama ada STO ini diuji untuk mengumpul data ataupun dijadikan kayu pengukur dalam pembangunan model baharu Ferrari. Semua sedia maklum yang Ferrari sekarang memang tengah sibuk untuk membangunkan model-model baharu menjelang 2024.

Ada pihak yang mendakwa pengganti LaFerrari bakal muncul 2024 dan produk lain dalam perancangan ialah XX yang difokuskan untuk kegunaan di litar perlumbaan sahaja. Malah Ferrari turut mengesahkan yang model EV mereka akan diperkenalkan menjelang 2025. Tengok je lah nanti macam mana. Memang kita mampu tengok je pun.

Google ads
Back to top button