Buletin

TERBABAS REMPUH BILIK PAMERAN MCLAREN. MALANG BETUL NASIB KAU

Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib malang seorang lelaki apabila kereta yang dipandunya terbabas ke dalam sebuah bilik pameran McLaren di Scottsdale, Arizona Amerika Syarikat. 

Daripada banyak-banyak tempat untuk terbabas, merempuh pusat pameran kereta mahal begini memang sangat malang. Kos ganti rugi bilik pameran dan kereta mewah itu sahaja pun sudah berapa. 

Insiden itu menyebabkan dua buah McLaren rosak teruk dengan salah satu daripadanya total loss. Manakala beberapa lagi kereta lain tidak dapat dipastikan keadaannya. 

Menurut pemandu BMW X6, Paul Dubois, dia sedang memandu sebelum sebuah kereta tiba-tiba menghimpinta dengan kuat. Ini menyebabkan keretanya melanggar pembahagi jalan, meluncur di atas rumput dan melanggar sebuah McLaren 720S yang diparkir di luar bilik pameran. 

Bukan itu sahaja, impak yang kuat itu juga menyebabkan 702S berkenaan merempuh cermin kaca dan sebuah lagi McLaren.

Seperti yang boleh dilihat, bahagian 720S berwarna perak itu remuk teruk akibat dirempun X5. Di belakangnya, ada sebuah LcLaren berwarna oren yang mengalami calar dan rosak sikit pada bahagian hadapan. 

Foto yang dikongsi oleh Dubois di laman Facebook juga menunjukkan pintu bahagian pemandu X6 kemik kerana dilanggar oleh kereta lain. Dubois berkaat dia bersyukur kerana kemalangan itu bukan disebabkan oleh kesilapannya. “Kalau tidak, memang boleh bankrap bro,” katanya. 

Namun, netizen bertanyakan tentang gambar kereta yang melanggarnya. Tetapi Dubois berkata dia dalam keadaan sakit dan tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan di media sosial oleh peguamnya. 

Dubois kini sedang menunggu hasil siasatan untuk menentukan siapa yang bersalah. Varian paling murah McLaren adalah sekitar AS$300,000 (RM1.3 juta). Lebih malang lagi, dia melanggar dua buah McLaren.  

Google ads
Back to top button