Buletin

PROTON X70 PEMASANGAN TEMPATAN (CKD) AKAN BERMULA OKTOBER 2019

Seperti yang kita sedia maklum, Proton X70 – SUV pertama Proton dengan kerjasama Geely yang diperkenalkan di pasaran tempatan hari ini merupakan versi import penuh (CBU) dari kilang pemasangannya di China.

Proton juga dalam proses membesarkan kilang pengeluarannya di Tanjung Malim yang akan menjadi “rumah” baru untuk X70. Mereka menjangkakan akan mula memasang X70 versi tempatan – CKD (Complete Knock Down) tahun hadapan.

BACA: PROTON X70 TERIMA 15,000 TEMPAHAN. VARIAN PREMIUM PALING LARIS

Sudah tentu, sebelum boleh memasang X70 di sini, semua kemudahan mesin, robotik, jentera dan acuan pemasangan yang ada di kilang pemasangan di China perlu dihantar ke Tg Malim. dan menariknya juga, sebelum mesin ini dipindahkan, mereka perlu menyediakan stok X70  (CBU) yang cukup  untuk dihantar ke Malaysia. Supaya tidak berlaku masalah kekurangan unit apabila proses transisi ini berlaku.

Dalam satu majlis makan malam kelmarin, pihak media telah bertanyakan beberapa soalan dan menurut Dato Radzaif Bin Mohamed, Timbalan CEO Proton, proses pembesaran kilang dan fasiliti pemasangan X70 dijangka siap pada pada suku ketiga 2019 dan unit pemasangan tempatan (CKD) X70 akan bermula sekitar bulan Oktober 2019.

Google ads
Back to top button