Artikel Pilihan

TESLA CYBERTRUCK CYBERBEAST, REVOLUSI BARU TRAK PIKAP ELEKTRIK

1. Rekaan asas untuk trak pikap tidak berubah sejak 70 tahun lepas, iaitu rekaan 2 kotak dengan flatbed (ruang kargo terbuka) di belakang dan juga penggunaan cesi ladder frame. Cybertruck ni mencabar realitu dengan rekaan yang cukup berani, agresif dan mencabar pemikiran logik manusia

2. Varian Cybertruck paling berkuasa ialah varian Cyberbeast yang menggunakan3 motor elektrik dan menjana 845hp dan 13,960Nm tork. Yup gila betul tork dia. Saya dah semak banyak sumber dan itulah tork dari 3 unit motor yang dihasilkan dari 0 RPM. Jadi pecutan 0-100km/jam dalam masa 2.6 saat sahaja dengan menggunakan tayar biasa, bukan tayar prestasi tinggi

Untuk rekod, Rimac Nevera 0-100km/jam dibuat dalam masa 1.81 saat.

3. Walaupun semasa masa bateri Cybertruck mencapai kurang daripada 50% dan ujian dibuat berulang kali, hasilnya adalah sama sahaja– 2.6 saat saja. Kata kunci disini ialah kecekapan, dengan bateri sebesar 123kWh dengan bateri baru rekaan 4680, ia adalah bateri baru yang direka, dibangunkan dan dihasilkan sendiri oleh Tesla

Bateri ini direka dengan diameter 46mm dan panjang 80mm. Apa yang penting ialah pengetahuan berkenaan teknikal bateri, siapa memegang pengetahuan berkenaan bateri dan tidak bergantung pada vendor luar akan menguasai pasaran.

Bateri ni lebih tahan panas, memiliki kepadatan tenaga yang tinggi dan lebih murah untuk dihasilkan. Apabila bateri dihasilkan sendiri bermakna kualiti bateri boleh dikawal, intellectual property right boleh dijaga dan harga jadi lagi murah.

4. Walaupun rekaan Cybertruck ni pelik, tapi kadar seretan aerodinamik CoD adalah 0.335. Untuk rekod, CoD untuk McLaren F1 adalah 0.32 dan Bugatti Chiron ialah 0.35 sekaligus membuktikan rekaan Cybertruck tidaklah teruk sangat.

5. 2 daripada 3 motor elektrik menggunakan motor induction atau motor induksi, bukannya magnet kekal. Motor induksi lebih murah, tak menggunakan rare earth element dan boleh menjana medan magnet apabila arus elektrik mengalir. Motor induksi juga tiada klac untuk beroperasi

6. Cybertruck juga adalah produk tesla pertama yang menggunakan platform 800 volt. Semakin tinggi voltan, semakin rendah arus yang digunakan. Semakin rendah arus, pendawaian menjadi semakin kecil, ringkas, tidak menggunakan bahan mentah yang banyak dan menjadikan kos pengeluaran semakin rendah

7. Hek eleh, Taycan dah lama buat 800 volt bro. Tapi Cybertruck adalah EV pertama yang menggunakan platform 800 volt untuk motor dan bateri manakala sistem sokongan menggunakan sistem 48 volt. Kebanyakan sistem kereta sekarang menggunakan 12 volt. Secara teori, tesla hanya gunakan ¼ tembaga berbanding dengan sistem 12 volt

8. Kelebihan menggunakan sistem 48 volt ialah, Cybertruck boleh menggunakan sistem stering elektrik 48 volt. Ini bermakna tiada lagi sambungan mekanikal antara roda stering dengan tayar. Semua tayar termasuk tayar belakang boleh digunakan untuk mengemudi

9. Roda depan dipasang dengan 2 motor elektrik untuk mengemudi manakala roda belakang dipasang dengan 1 motor elektri. Hasilnya pusingan u turn Cybertruck sama saiz dengan Tesla Model S. Ia adalah teknik yang sama digunakan untuk mengawal kapal terbang dalam industri penerbangan.

10. Exoskeleton atau kerangka luar ihasilkan daripada aloi tahan karat HFS, menggunakan rekaan seakan monocoque sama seperti Honda Ridgeline. Kepingan aloi ini dihasilkan dengan menggunakan kaedah laser cut dan bending, serta tidak memerlukan cat.

11. Bahagian sisi Cybertruck boleh menahan hentaman troli ujian kemalangan seberat 1400kg pada halaju 54km/jam tanpa masalah, tanpa side impact protection beam. Ini membuktikan aloi ini cukup kuat dan selamat pada penumpang

Perkara pada 5, 6, 8, 10 dan 11 membuktikan mantra Elon Musk yang sebelum ini kedengaran gila sudah mula masuk akal. Antara falsafah Elon ialah ” no part is the best part” dan “no process is the best process in manufacturing”

Google ads
Back to top button