HONDA ODYSSEY 2024 DENGAN KIT HONDA ACCESS!
Kali terakhir berita mengenai Honda Odyssey di pasaran tempatan ialah pada Februari 2022 apabila Honda membawa masuk versi rupa baharu dari Jepun dan dijual pada harga RM275,311.
Dijual sejak 2013, penawaran Odyssey di Jepun ditamatkan pada 2022 dan pada April 2023 Honda mengumumkan semula penjualan dengan unit yang diimport dari China.
Odyssey kini tersedia di Jepun dan dibekalkan enjin 2.0 liter i-VTEC kacukan dua motor elektrik dan seperti biasa pelanggan ditawarkan aksesori Honda Access.
Kit Honda Access dibuat mengikut tema gelap dengan jeriji hitam krom dan Berlina Black pada bingkai bawah.
Rekaan jeriji itu nampak unik dan rumit dan jauh berbeza daripada model asal. Palang kanan dan kiri logo H pula dibuat tebal.
Bahagian belakang dipasang spoiler yang juga lebih besar daripada asal dan dihiasi pendakap hitam krom pada lampu brek ketiga.
Satu lagi yang berbeza ialah logo H dan penutup hab rim dalam warna hitam krom dan Berlina Black yang boleh disesuaikan dengan Odyssey Black Edition.
Pada bahagian dalam, pengecas USB dipasang untuk kegunaan penumpang depan dan sebelah kanan kerusi baris ketiga.
Pengecas USB PD dengan kuasa sehingga 45 watt dipasang pada belakang kotak konsol tengah. Seperti biasa, aksesori Honda Access turut merangkumi nyalaan pada bahagian kaki.
Suluhan lampu juga menyinari bahagian dalam pembuka dan poket pintu. Lagi kelengkapan seperti sistem navigasi, perakam pemanduan dan pembesar suara Kenwood.
Berikut senarai aksesori Honda Access untuk Honda Odyssey 2024:
Luaran
- Jeriji depan dengan logo Absolute
- Spoiler belakang
- Logo hitam (2 logo H, nama model, logo Absolute krom hitam
- Penutup hab rim
- Perumah cermin sisi
- Riasan cermin sisi
- Pelindung pembuka pintu
Dalaman
- Pengecas USB tambahan
- Pengecas USB PD
- Lampu ruang kaki
- Lampu pembuka dan poket pintu
- Pelapik alang pintu
- Pedal sport
- Karpet premium
Multimedia dan navigasi
- Skrin 11.4 inci, navigasi Honda Connect
- Skrin 9 inci, navigasi Honda Connect
- Skrin kerusi belakang 15.6 inci
- Skrin kerusi belakang 12.8 inci
- Perakam pemanduan depan
- Perakam pemanduan depan dan tiga kamera belakang
- ETC 2.0
- Pembesar suara JVC Kenwood (4 pembesar suara, 2 twiter)
BACA: HONDA UNI-ONE, BANTU MANUSIA BERGERAK TANPA BERJALAN
BACA: HONDA E-CLUTCH, BANTUAN CEKAM BAHARU UNTUK MOTOSIKAL HONDA
BACA: HONDA N-BOX Slope 2023, BOLEH BAWA KERUSI RODA, DARIPADA RM58 RIBU
BACA: ENJIN V8 BF350 VTEC DARI HONDA, BUKAN UNTUK KERETA TAPI ENJIN SANGKUT!
BACA: HONDA MONKEY DAN SUPER CUB C125 TERUS DITAWAR DI AS
BACA: HONDA N-BOX GENERASI KETIGA DIPERKENAL DI JEPUN, REKAAN SAMA TETAPI TIDAK SERUPA!