![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2022/12/batch_2022-12-28-7.png)
PROTON SERAH 50 UNIT IRIZ KEPADA METRO DRIVING ACADEMY – BAKAL DIGUNAKAN DI KAMPUS SUBANG DAN PUCHONG
PROTON baru-baru ini menyerahkan 50 unit Proton Iriz kepada Metro Driving Academy. Kereta tersebut telah diubah suai oleh ACE, anak syarikat Proton Global Services yang mengkhusus dalam binaan dan pengubahsuaian, serta dibina mengikut peraturan ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“PROTON berbangga untuk terus memainkan peranan dalam membantu mendidik serta melatih pemandu baharu Malaysia. Proton Iriz adalah pilihan yang sangat baik untuk pemandu baharu kerana gabungan kebolehgerakan, dimensi kompak dan keselamatannya,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah.
Metro Driving Academy yang ditubuhkan sejak 1998 merupakan akademi memandu berlesen yang dianugerahkan Akademi Pemanduan Terbaik dan Akademi Pemanduan Bertaraf 5 Bintang oleh JPJ.
![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2022/12/batch_2022-12-28-6.png)
Kereta-kereta dari PROTON itu diserahkan dalam satu majlis kepada Pengarah Urusan Metro Driving Academy, Mat Aris Bakar. Kereta berkenaan akan digunakan oleh pelajar di kampus Subang dan Puchong.
Walaupun saiznya kompak, Iriz telah dianugerahkan penarafan ASEAN NCAP 5 Bintang dan dilengkapi senarai ciri keselamatan komprehensif seperti struktur badan menggunakan keluli Hot Press Formed (HPF), Electronic Stability Control (ESC), Traction Control System (TCS) dan Hill Hold Assist (HHA).
Ciri paling berguna untuk pelajar ialah kamera undur dan sensor parkir untuk membantu dari segi visual serta bunyi semasa meletak kereta. Manakala suis mod ECO menawarkan penggunaan bahan api yang lebih baik.
- BACA: NAMA PROTON SAGA TERCETUS KETIKA MAIN SAHIBBA – BUKAN DARI BIJI SAGA!
- BACA: PROTON HANTAR 16 KAKITANGAN KE INSTITUT PENYELIDIKAN GEELY SELAMA 6 BULAN
- BACA: PROTON X70 RAI ULANG TAHUN KE-4. INI 10 FAKTA MENARIK PASAL X70
- BACA: PROTON RAI PENGELUARAN ENJIN 1.5 TGDI KE 10,000 UNIT DI KILANG TANJUNG MALIM