
HARGA TESLA MODEL 3 DAN MODEL Y MENINGKAT.MUSK SALAHKAN ISU RANTAIAN BEKALAN
Peningkatan harga model-model Tesla disebabkan tekanan pada rantaian bekalan terutama bahan mentah.
Demikian jelas Ketua Pegawai Operasi Tesla, Elon Musk dalam akaun Twitternya.
Elon Musk menjelaskan perkara itu kepada seorang pengguna Twitter yang meluahkan rasa tidak puas hati berhubung Tesla menaikkan harga kenderaan model Y terbaharunya tetapi membuang ciri-ciri sokongan lumbar.

“Lumbar itu hanya dibuang di tempat duduk penumpang hadapan kerana log menunjukkan ramai orang memilih untuk tidak menggunakannya.
“Tidak berbaloi mengeluarkan kos jika sokongan lumbar itu hampir tidak pernah digunakan. Manakala, peningkatan harga kenderaan didorong oleh tekanan harga rantaian bekalan utama di seluruh industri terutamanya bahan mentah,” katanya.

Menurut laporan Electrek, pada April, Tesla telah menaikkan harga Model 3 sebanyak lima kali pada tahun ini manakala ia meningkat sekali lagi pada bulan Mei.
Ia bermakna model asas Tesla Model 3 kini dijual pada harga bermula AS$39,990 (RM164,910) berbanding AS$36,990 (RM152,539) Februari lalu. –carscoops.
- BACA: TESLA GANTUNG PILIHAN BAYARAN GUNA BITCOIN
- BACA: REVIEW MODEL TESLA INI BUAT JEREMY CLARKSON DAN ELON MUSK BERGADUH BESAR
- BACA: MODEL TESLA PALING MAHAL DI DUNIA. DISALUTI EMAS 24 KARAT, BERHARGA RM1.2 JUTA!!!
- BACA: BENGANG BREK MODEL 3 ROSAK, WANITA BUAT PROTES DI RUANG PAMERAN TESLA DI AUTO SHANGHAI 2021