
TESLA SUDAH UNTUNG RM4.04 BILION DENGAN BITCOIN DALAM MASA SEBULAN
Tesla dilapor mencatat keuntungan di atas kertas sebanyak AS$1 bilion (RM4.04 bilion) hasil pelaburannya ke dalam matawang kripto Bitcoin.
Menurut seorang penganalisis di Wedbush Securities, Daniel Ives, Tesla membuat lebih banyak keuntungan menerusi Bitcoin berbanding penjualan kereta elektrik sepanjang tahun 2020.
Awal bulan lalu, pembuat kereta tersebut mendedahkan pada Suruhanjaya Sekuriti bahawa ia telah membeli Bitcoin bernilai AS$1.5 bilion (RM6.06 bilion). Pembelian tersebut bertujuan memaksimumkan keuntungan tunai dan mempelbagaikan portfolio pelaburannya.
Transaksi tersebut dibuat pada Januari pada harga yang tidak didedahkan. Sama ada Tesla sudah menjual Bitcoin juga tidak diketahui.
Nilai Bitcoin menyaksikan kenaikan memberangsangkan pada tahun ini apabila kerap mencatat rekod tertinggi. Buat pertama kalinya, matawang kripto tersebut merekodkan nilai pasaran AS$1 trilion (RM4.04 trilion) apabila nilainya naik 94 peratus tahun ini.
Ives bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana dia mendapat pengiraan itu. Namun, berdasarkan kepada data CoinDesk, harga Bitcoin telah naik daripada AS$34,793.45 (RM140,644) kepada AS$57,487.03 (RM232,411) pada 20 Februari, hari Ives menyiarkan notanya.
Ini merupakan kenaikan sebanyak 65 peratus yang melonjakkan pelaburan Bitcoin Tesla sekitar AS$975 juta (RM3.9 bilion). Jika dilihat kepada nilai semasa Bitcoin, keuntungan Tesla adalah lebih AS$1 bilion (RM4.04 bilion). – CNBC
- BACA: TESLA LABUR RM6.1 BILION DALAM BITCOIN. BERI BAYANGAN BOLEH BELI KERETA GUNA MATAWANG KRIPTO
- BACA: TWEET ELON MUSK MAMPU GERAKKAN PASARAN. ADA PELABUR MULA BIMBANG
- BACA: PEKERJA JUJUR SELAMATKAN TESLA DARIPADA SERANGAN SIBER PENGGODAM RUSIA
- BACA: YAMAHA 125ZR, ADAKAH IA BAKAL JADI “LEJEN” SEPERTI YAMAHA RX-Z?