
TESLA TAK PECAT PEKERJA BEKERJA DARI RUMAH.NAFI DAKWAAN MEDIA
Tesla Inc. menolak dakwaan laporan media dan mengatakan tidak memecat pekerja yang memilih bekerja dari rumah ketika pandemik COVID-19 kerana bimbang atas keselamatan mereka di kilang California, Amerika Syarikat.
Pengeluar kereta elektrik itu berkata dalam satu hantaran blog, syarikat telah mengetepikan polisi kedatangan sejak beberapa minggu lalu selepas mendapat kebenaran untuk membuka semula kilang dan menawarkan para pekerja untuk bekerja dari rumah.
Pada Rabu lalu, Washington Post melaporkan tiga pekerja Tesla dari kilang Fremont, California telah dipecat selepas memilih bekerja di rumah.
Kilang pengeluar kereta berkenaan telah dibuka semula pada bulan Mei selepas mengadakan perbincangan awam dengan pihak berkuasa tempatan berhubung prosedur keselamatan.
Menurut syarikat itu, langkah keselamatan Tesla menepati malah melebihi garis panduan yang ditetapkan daerah, negeri dan persekutuan.
Terdapat peningkatan jangkitan di 37 daripada 50 buah negeri di Amerika Syarikat. Setakat ini, negara berkenaan mencatatkan sebanyak 128,706 kematian. – Reuters.
- BACA: TESLA KINI BERNILAI RM878 BILION. KALAHKAN TOYOTA, COCA-COLA DAN DISNEY
- BACA: TERSILAP PESAN 27 TESLA MODEL 3 BERNILAI RM6.7 JUTA, LELAKI KENA BAYAR RM12.4K UNTUK BATALKAN TEMPAHAN
- BACA: SILAP TEKAN PEDAL, TESLA MODEL 3 MASUK DINDING PASARAYA
- BACA: TESLA HENTIKAN PRODUKSI SECARA TIBA-TIBA DI KILANG CHINA









