Buletin

TESLA HENTIKAN PRODUKSI SECARA TIBA-TIBA DI KILANG CHINA

Tesla dilapor menghentikan produksi kereta di kilangnya di pinggar Shangha. Syarikat memberitahu para pekerja yang sepatutnya mula bekerja pada Rabu selepas Hari Buruh supaya melanjutkan cuti masing-masing sehingga 9 Mei 2020. 

Punca kenapa kilang itu ditutup masih belum dapat dipastikan. Tetapi ia didakwa kerana masalah kekurangan komponen. Kilang itu bukan sahaja labat menerima alat ganti untuk Model 3, malah berdepan masalah dengan satu peralatan penting pengilangan yang kini sedang dibaiki. 

Penutupan itu bermakna Tesla tidak akan menghasilkan sebarang kereta sekarang kilang-kilang lain juga belum beroperasi kerana wabak COVID-19. 

Beberapa orang kakitangan didapati berada di kilang berkenaan untuk memeriksa peralatan, membuat penyelenggaraan dan baik pulih.

Ia sebenarnya menjadi antara kilang automotif terawal yang dibenar beroperasi selepas dibantu oleh pihak berkuasa tempatan. 

Perkembangan itu membantu Tesla meningkatkan jualan ketika pengeluar kenderaan lain masih bergelut untuk mendapatkan pelanggan. – Bloomberg 

Tags
Google ads
Back to top button