Buletin

TIADA PILIH KASIH. BUKIT AMAN PUN KENA PEMERIKSAAN KENDERAAN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Satu Op Khas (Pemeriksaan Kenderaan) di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Dalam operasi diketuai Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) itu, sebanyak 146 saman dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 280 kenderaan.

Antara kesalahan dilakukan termasuk nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi (fancy) , tiada cermin sisi, tiada cukai jalan dan ubahsuai ekzos.

Menurut laman rasmi Facebook JSPT, operasi tersebut melibatkan 15 pegawai dan 35 anggota JSPT manakala lima pegawai Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) dan seorang pegawai serta empat anggota Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Operasi pemeriksaan mengejut dilaksanakan untuk memeriksa kenderaan digunakan warga kerja PDRM yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya terutama melibatkan pengubahsuaian kenderaan dan menggunakan nombor pendaftaran fancy. – FB JSPT

Google ads
Back to top button