Motosikal

KAWASAKI ZX-10RR JONATHAN REA DIBIDA PADA HARGA RM229,317

Kawasaki ZX-10RR dimiliki juara World Superbike, Jonathan Rea dibida pada harga €46,100(RM229,317) dalam satu lelongan di portal eBay baru-baru ini.

Jentera berkenaan bukan sebarang superbike biasa, tetapi ia merupakan generasi Ninja yang cukup istimewa buat pengeluar dari Jepun itu.

Ia berikutan model tersebut bukan sahaja perlu menarik perhatian khalayak umum tetapi menjadi jentera ikonik dalam memusnahkan para pesaing di litar perlumbaan dalam meraih kejuaraan WorldSBK.

Kawasaki ZX-10RR yang dilelong itu merupakan hadiah diberikan kepada Rea ketika latihan dalam mempertajamkan kemahiran.

Ia merupakan motosikal yang memastikan pelumba kelahiran Ballymena, United Kingdom itu sentiasa beradap pada tahap terbaik sebelum perlumbaan.

Pada bulan lalu, Rea memutuskan untuk melelong model berkenaan kerana ingin menjana dana bagi tujuan kebajikan.

Dalam lelongan tersebut, jentera berkenaan dibuka pada harga €25,000 (RM124,358) tetapi mendapat bidaan hampir 55 pembida.

Kawasaki ZX-10RR itu mendapat bidaan tertinggi pada harga €46,100(RM229,317). –visordown

Google ads
Back to top button