Buletin

TMS 2013: HONDA VEZEL

Pada acara Tokyo Motor Show 2013 (TMS 2013) yang membuka tirainya semalam, Honda Motor Co., Ltd. mengumumkan bahawa ia akan memproduksi model yang diberi nama VEZEL. 

 _MG_7770

Jentera yang dikatakan dibina di atas plalform Jazz/Fit generasi terbaharu itu bakal menggabungkan kualiti terbaik sebuah SUV, rupa bentuk elegan sebuah coupe dan kefungsian sebuah minivan.

_MG_7772

Perincian mengenai VEZEL akan diumumkan pada 19 Disember 2013 sebelum ia mula dijual di pasaran Jepun pada keesokan harinya. Jentera tersebut akan menjadi pesaing kepada beberapa model seperti Ford Ecosport, Peugeot 2008 dan Nissan Juke.

_MG_7775

Di Jepun, VEZEL ditawarkan dalam dua varian iaitu hibrid dan petrol. Model hibrid dilengkapi sistem Sport Hybrid i-DCD (Intelligent Dual Clutch Drive) yang digabungkan bersama enjin pancitan terus bersesaran 1.5 liter. Sementara model petrol pula dipasang dengan enjin pancitan terus berkapasiti 1.5 liter.

 _MG_7771

Menurut Honda, kedua-dua varian ini menawarkan pemanduan yang berkuasa dan menjmatkan.

[hr]Galeri

_MG_7737_MG_7768_MG_7774

Google ads
Back to top button