Artikel Pilihan

HONDA VEZEL SKOR 5 BINTANG UJIAN JNCAP-NASVA. BILA HR-V NAK LANCAR?

Kembar kepada Honda HR-V iaitu Honda Vezel 2021 telah selesai diuji dan diberi penarafan keselamatan 5 bintang oleh Japan New Car Assessment Program dan juga National Agency for Safety and Victims Aid (NASVA). Ujian kelolaan baru ini menunjukkan Vezel meraih skor 5 bintang dengan markah 93%.

Dalam ujian yang dibuat oleh agensi keselamatan ini Vezel meraih markah keseluruhan 177.04 daripada markah penuh 190 poin. Honda Vezel 2021 telah diuji dalam 2 aspek utama iaitu Collision Safety Performance (semasa kemalangan berlaku) dan juga Preventive Safety Performance (pencegahan kemalangan).

Dalam aspek ujian semasa kemalangan, Honda Vezel mendapat markah penuh 5 poin bagi perlindungan pemandu dan penumpang ketika kemalangan secara berdepan, 5 poin bagi perlanggaran bucu depan, perlanggaran sisi, perlindungan leher jika dilanggar dari belakang dan juga perlindungan kaki pejalan kaki jika terlanggar pejalan kaki.

Untuk teknologi pencegahan kemalangan, Honda Vezel juga mendapat 5 poin penuh dalam ujian brek kecemasan automatik (kereta), brek kecemasan automatik (pejalan kaki, pada waktu siang & malam), sistem kawalan stering jika terlepas dari lorong, sistem kamera belakang dan juga ciri kawalan pedal jika tersalah operasi

Namun bagi beberapa ujian lain seperti perlindungan kepala pejalan kaki, amaran pemakaian tali pinggang keledar dan juga ujian lampu LED depan Honda Vezel hanya meraih skor 4 daripada 5 poin.

Anda akan dapati ujian yang dijalankan oleh JNCAP-NASVA adalah lebih mendalam dan lebih susah berbanding dengan ujian yang lain. Anda boleh membaca laporan penuh ujian kemalangan di SINI

Google ads
Back to top button