Buletin

HONDA VEZEL (HR-V) FACELIFT LANCAR DI JEPUN FEBRUARI DEPAN – HONDA SENSING, LAMPU LED, APPLE CARPLAY

Honda dilapor bakal melancarkan HondaR-V facelift pada 15 Februari depan ke pasaran Jepun.

SUV kompak popular yang dikenali sebagai Vezel di sana nampaknya tidak menerima perubahan terlalu ketara.

Antara penambahbaikan yang boleh dilihat ialah penggunaan bar krom tebal pada bahagian hadapan yang diapit oleh sepasang lampu utama, sama seperti model-model baharu Honda yang lain.

Logo Honda juga kini lebih besar. Bukan itu sahaja, lampu utama LED sepenuhnya berbentuk tiga segi dan lampu kabus menerima rekaan baru.

Bahagian kabin menyaksikan Vezel dipasang dengan sistem infotaimen bersama ciri Apple CarPlay dan Android Auto (akhirnya). SUV itu itu juga mempunyai sistem kawalan suhu automatik, kemasan kulit, sistem pemantauan tekanan tayar, ketersambungan Bluetooth dan banyak lagi.   

Apa yang lebih penting ialah Vezel kini dilengkapi sistem keselamatan Honda SENSING. Gabungan sistem keselamatan pastinya membuatkan model popular ini lebih selamat berbanding mana-mana pesaingnya di pasaran.  

Sama seperti model terdahulu, Vezel ada didatangkan dengan varian hibrid. Selepas Jepun, varian hibrid dijangka diperkenalkan di pasaran Malaysia dan India.  

Vezel masih mengekalkan rangkaian enjin sedia ada seperti 1.5 petrol, 1.5 petrol hibrid, 1.8 liter petrol dan 1.6 liter diesel.

Memandangkan pasaran SUV segmen B yang cukup sengit, Honda mahu menjadikan Vezel lebih menarik dengan memasang beberapa ciri baharu termasuklah bumbung suria.   

Google ads
Back to top button