Motosikal

TMS 2013: HONDA GOLDWING F6C

Bertempat di Tokyo Big Sight, Honda Motor Co., Ltd melancarkan motosikal berkuasa tinggi, Goldwing F6C. Jentera tersebut dibina menggunakan platform Goldwing dan enjin enam silinder bersesaran 1,832cc. 

_MG_7810

Enjin itu mampu menjana kuasa mencecah 115hp @ 5,500rpm dengan beratnya dikatakan 70kg lebih ringan berbanding model Goldwing F6B.

Gold Wing F6C memiliki gayaan baharu, geometri stereng dan dibina atas kerangka aluminium. Ia menjadi model ketiga dalam keluarga Goldwing selepas model Goldwing GL1800 tourer dan Goldwing F6B Bagger.

_MG_7744

Honda menyatakan bahawa F6C yang hanya setinggi 734mm itu membolehkan penunggang berasa lebih yakin dan selesa ketika menunggangnya.

Naked cruiser itu kini mempunyai kapasiti tangki lebih besar iaitu 17.5 liter, berbanding hanya 14.6 liter sebelum ini.  Fork hadapannya dipadankan bersama sistem suspensi monoshock Honda Multi-Action (HMAS) dan boleh ditala secara manual. Kadar redaman sistem suspensi hadapan dan belakang F6C juga telah ditala bagi disesuaikan dengan karekternya sebagai sebuah jentera urban cruiser.

_MG_7732

 

F6C dilengkapi sistem brek ABS dua saluran bersama brek cakera berkembar bersaiz 310mm untuk roda  hadapan dan breka cakera tunggal (316mm) bagi roda belakangnya.

201113honm-c

Pada masa yang sama, Honda turut memperkenalkan model moden klasik yang telah ditambah baik iaitu CB1100EX. Mengetengahkan semangat tahun 1960-an dan 1970-an, ia tampil dengan rim jejari halus. Selain dilengkapi kotak gear enam kelajuan, posisi tempat duduk yang lebih tinggi dan instrumentasi telah dipertingkatkan.
[hr]Galeri

_MG_7795_MG_7709_MG_7796_MG_7811_MG_7797201113honm201113honm-a201113honm-b

Google ads
Back to top button