Buletin

TMS 2015 – HONDA TYPE-R DILANCARKAN DI JEPUN!

Honda semalam mengumumkan bahawa model berprestasi tinggi yang sangat ditunggu-tunggu, Civic Type-R akan mula dipasarkan di Jepun mulai 7 Disember 2015.

honda-civic type R-TMS 2015-mekanika (6)

Dibangunkan di bawah konsep “Soul-Shaking Superior Drive”, ia menjadi jentera pertama menggunakan enjin VTEC yang baru dibangunkan oleh Honda. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.

Dengan kuasa mencecah 310PS dan tork maksimum 400Nm, generasi terbaharu tersebut menjadi model Type-R paling berkuasa setakat ini.

honda-civic type R-TMS 2015-mekanika (14)

Selain enjin turbo, Type-R turut didatangkan dengan ciri +R mode. Suis +R mode bertanggungjawab mengubah maklu balas enjin, sistem peredam adaptif serta kawalan VSA dan EPS. Ini bagi menawarkan sensasi pecutan dan pengendalian yang luar biasa.

Untuk menjadikannya lebih eksklusif, hanya 750 unit Type-R ditawarkan. Honda akan mula mengambil tempahan mulai hari ini (29 November) hingga Isnin (23 November 2015).

honda-civic type R-TMS 2015-mekanika (7)

Harga? Tidak mahal mana (di Jepun lah) iaitu sekitar 4.28 juta Yen (RM151,000) seunit.

GALERI

honda-civic type R-TMS 2015-mekanika (4) honda-civic type R-TMS 2015-mekanika (10) honda-civic type R-TMS 2015-mekanika (11) honda-civic type R-TMS 2015-mekanika (16) honda-civic type R-TMS 2015-mekanika (17) honda-civic type R-TMS 2015-mekanika (19) honda-civic type R-TMS 2015-mekanika (18)

honda-civic type R-TMS 2015-mekanika (21) honda-civic type R-TMS 2015-mekanika (20)

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button