Buletin

PRODUKSI CX-3 BERMULA

Mazda Motor telah memulakan pengeluaran model Mazda CX-3 di kilang pemasangannya di Rayong, Thailand.

MAZDA-CX-3-mekanika (2)

Pengeluaran tersebut menjadikan Thailand sebagai lokasi kedua pembuatan Mazda CX-3 selepas  Hiroshima, Jepun.

Kilang pemasangan Rayong diusahakan oleh AutoAlliance (Thailand). Iaitu usaha sama di antara Mazda dan rakan kongsi strategik Ford Motor.

MAZDA-CX-3-mekanika (5)

Dari segi kualiti, Mazda tidak berkompromi tentang soal itu. Kualitinya adalah sama dengan model yang dihasilkan di Jepun. Difahamkan SUV kompak berkenaan akan mula dijual bermula 10 November di Thailand. Selepas itu operasi eksport ke rantau Asean akan bermula.

Model CX-3 mula dipasarkan di Jepun hujung tahun lalu.  Ia dilengkapi oleh enjin 2.0-liter SKYACTIV-G bersama kotak gear 6-kelajuan.

MAZDA-CX-3-mekanika (3)

Khabar ketibaan model CX-3 ke pasaran Malaysia mula berlegar sejak pertengahan tahun lagi. Namun, sepertinya model tersebut akan menjengah pasaran tempatan tahun depan. Sama-sama kita nantikan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button