
Motosikal
MODENAS NINJA ZX-25R SE DAPAT WARNA BAHARU – RM33,900
Berita baik buat peminat jentera ‘4-dapur’ apabila Modenas memperkenalkan Ninja ZX-25R SE dengan pilihan warna baharu bagi tahun 2024.

Modenas dalam satu kenyataan mengumumkan ZX-25R SE kini hadir dengan warna Metallic Phantom X Silver Ebony (Stormcloud Blue). Warna terbaru itu merupakan visual sama yang ditawarkan di pasaran Jepun.
Bagaimanapun, warna sedia ada Lime Green/Ebony masih lagi dikekalkan namun warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony dihentikan.

Selain dari visual baharu, spesifikasi lain kekal sama dengan Ninja ZX-25R SE ini masih lagi menawrkan 45hp dan 22Nm.
Menurut Modenas, Ninja ZX-25R SE ini ditawarkan pada harga RM33,900.