Buletin

TOYOTA ALPHARD 3.5G & 2.4G

Berbeza denganPrevia yang menjadi model MPV global, Alphard pula lebih tertumpu di pasaran domestik Jepun. 

alphard (1)

Generasi pertamanya sangat berjaya dan menjadi MPV paling laris Toyota. Memandangkan generasi kedua Alphard adalah untuk pasaran global, maka pasukan pereka Toyota cuba untuk menghasilkan rekaan yang lebih moden.

Selaku sebuah MPV mewah, Alphard menonjolkan imej yang tegap menerusi konsep rekaan monoform. Walaupun besar, ia tetap tampil dinamik dengan pelindung roda yang lebar.

DSC_2049_LR (1)

UMW Toyota Motor menawarkan Alphard dalam dua varian iaitu Alphard 3.5G dan 2.4G. Warna yang boleh dipilih pula terdiri daripada warna putih, emas, perak dan hitam.

Alphard terbaharu ini dibina di atas platform yang membolehkan kabinnya menjadi lebih panjang dan lantai lebih rendah. Walaupun tinggi keseluruhannya telah dikurangkan, siling kabin bagaimanapun lebih tinggi berbanding model terdahulu. Ini nyata memberi keselesaan kepada tujuh orang penumpang di dalamnya.

HA3002-A

Ruang kabin Alphard nampak mewah dengan penggunaan material kulit pada tempat duduk serta kemasan kayu pada bahagian papan pemuka, stereng dan panel pintunya.  Bagi memenuhi keperluan pengguna, posisi tempat duduk boleh diubah dalam beberapa konfigurasi.

Penumpang yang duduk di baris kedua pasti terlena apabila duduk di  atas kerusi Captain dan Ottoman, lengkap bersama perehat kaki.  Apabila enjin dimatikan, kedudukan tempat duduk akan kembali kepada asal bagi memudahkan penumpang keluar dari kenderaan.

HA3102-B

Keselesaan ditingkatkan lagi melalui sistem pendingin hawa tiga zon. Ia juga mempunyai generator nanoe™ ion untuk menapis habuk dan menyegarkan udara di dalam kabin.

Alphard 3.5G digerakkan oleh unit enjin 24 injap V6 Dual VVT-i (Variable Valve Timing with intelligence) dengan ACIS (Acoustic Control Induction System) bagi meningkatkan kecekapan penghantaran kuasa tork dalam lengkuk pecutan enjin yang luas. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan Super ECT.

HA0101-A

Alphard 2.4L pula dilengkapi enjin 16 injap empat silinder VVT-i yang digabungkan dengan transmisi automatik CVT tujuh kelajuan.

Selain kerangka yang menepati piawaian GOA Toyota, Alphard turut dilengkapi pelbagai ciri keselamatan seperti brek ABS dengan EBD, Vehicle Stability Control (VSC) dan tujuh beg udara.

HAG3204-B

Alphard 3.5L ditawarkan pada harga RM398,000 manakala varian 2.4G pula RM338,000 seunit. Sebagai promosi, UMW Toyota menawarkan pakej servis percuma selama tiga tahun serta insurans dan cukai jalan percuma untuk tahun pertama kepada 300 pelanggan terawal yang membeli Aphard atau Previa.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button