Modifikasi

PROTON WIRA GSR

Sesuatu yang diinginkan selalunya bercanggah dengan satu realiti lain. Misalnya, pembuat kereta yang sering berharap mereka mampu menghasilkan sebuah kereta yang jimat minyak, berkuasa, tahan lama, mudah diselenggara dan murah harganya.

Proton-Wira-GSR-Mekanika (3)

Realitinya, kalau kereta sebegitu wujud, maka itulah kereta paling laris di dunia. Mana ada benda yang sempurna boleh dikompromi harganya.

Proton Wira dan enjin power adalah dua elemen yang boleh menjadikan sebuah kereta sebuah objek yang sempurna. Cakap banyak tak guna. Cuba bagi satu contoh kereta yang boleh dibeli pada harga sebuah Honda EX5 dan dipasang enjin Karamjit Singh.

Proton-Wira-GSR-Mekanika (16)

Pemilik Wira ini namanya Sham. Kalau sudah Wira,100-105 dumps tukar enjin Mitsubishi pasti jadi kriteria utama. Enjin pilihan Sham ialah 4G93 GSR yang dikatakan datangnya daripada model RS.

Secara teknikalnya, ini bukanlah enjin yang dipilih untuk menjadikan kereta laju macam roket. Bloknya nipis, water jacketnya nampak macam nak retak kalau di boost tinggi. Tapi bagi sebuah Wira, ia enjin yang ideal.

Proton-Wira-GSR-Mekanika (6)

Sham membuat projek port & polish pada kepala silinder. Head juga dipasangkan dengan adjustable cam pulley Arospeed, intercooler dan throttle body Evo 3, penapis udara K&N, Blow-off valve M7, fuel pump Walbro serta sebuah fuel regulator Sard. Sistem ekzosnya dilengkapkan dengan paip 3 inci dan peredam bunyi HKS.

Kotak gear yang dipilih ialah GSR dengan sistem 4WD. Tapi sudah jarang orang buat 4WD sekarang. Maka jalan keluarnya adalah dengan mengunci prop belakang dan jadikannya 2WD depan. Perihal klac pula, jangan takut, bersepah ada jual, janji tau saiz saja. Jadi kereta ini mengguna pakai klac HKS.

Proton-Wira-GSR-Mekanika (5)

Selepas enjin, perkara kedua yang biasa dibuat ialah suspensi. Jangan buat pasal main kerat-kerat spring macam zaman 1990-an. Sham menggunakan suspensi jenis boleh laras jenama D2.

Brek pula ialah Evo 3 pada roda depan dan belakang. Rim daripada jenama SSR Type C bersaiz 16 inci x 7 di depan dan kali 8 di belakang. Tayarnya, Yokohama bersaiz 225/55/16.

Proton-Wira-GSR-Mekanika (9)

Bahagian dalam kereta lebih sensasi dengan papan pemuka Lancer CK. Tempat duduknya ialah Recaro Evo 4. Selain itu ialah stereng Nardi, meter-meter defi, turbo timer pivot dan sebuah APEXi SAFC.

Sistem audio kereta ini pun boleh tahan. Ada pemain Pioneer double DIN touch screen, power amp monoblock Mohawk, speaker dan sub Mohawk 12 inci.

Proton-Wira-GSR-Mekanika (14)

Bahagian luar kereta guna bahagian depan dan skirt Evo 3. Sekali sekala tengok body Wira Aeroback menarik juga sebenarnya.

[hr]SPESIFIKASI

Model: Proton Wira 2003

Enjin: 4G93 GSR evolution RS, port & polish, adjustable cam pulley aerospeed, intercooler evo 3,throttle body Evo 3, penapis udara K&N, BOV M7, fuel pump walbro, fuel regulator Sard, ekzos paip 3.0 inci, muffler HKS

Transmisi: Kotak gear manual 5 kelajuan, 4wd locked, klac HKS

Suspensi: D2 boleh laras

Brek: Mitsubishi EVO 3 depan belakang

Dalaman: Stereng nardi, tempat duduk Evo 4, papan pemuka CK4, meter defi, turbo timer pivot, APEXi safc

Luaran: Bodykit E3, sunroof lancer GSR

Warna: Diamond Red

[hr]GALERI

Proton-Wira-GSR-Mekanika (2)Proton-Wira-GSR-Mekanika (7)Proton-Wira-GSR-Mekanika (8)Proton-Wira-GSR-Mekanika (10)Proton-Wira-GSR-Mekanika (11)Proton-Wira-GSR-Mekanika (12)Proton-Wira-GSR-Mekanika (13)

 

 

 

210-260 pdf

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button