Modifikasi

TOYOTA SEG CARIB

Sebelum Toyota SEG ini dibeli, Azam ada sebuah lagi SEG. Nak dijadikan cerita, SEG itu hilang ketika singgah bersolat zohor di masjid.

Toyota-SEG-Carib-Mekanika (3)

Namun kejadian itu tidak melunturkan semangat juang peminat Toyota tegar ini. Tidak sampai dua bulan, Azam membeli sebuah lagi SEG yang lebih kecil daripada seorang kawannya di JB.

Kawan itu pada mulanya keberatan nak jual. Proses jual beli hanya berlaku selepas kawannya itu jumpa sebuah Corolla SEG Wagon. Budak Toyota punya fanatik lain macam. Kalau boleh nak buka kedai jual nasi goreng Toyota.

Toyota-SEG-Carib-Mekanika (11)

Semangat main kereta berterusan hingga ke hari ni, walaupun dia selalu tersisih dalam perjumpaan Toyota tidak rasmi. Maklumlah, guna model pelik daripada orang lain. Nasib baik bukan Altis. Kalau tidak, sticker kelab pun mungkin tak dapat.

Jadinya adakah model ini barai? Tidak juga. Di Jepun, SEG kecil ini ada model yang dikenali dengan nama Carib atau Sprinter Carib. Kalau nak cerita model Corolla memang sampai pagi esok belum tentu habis. Banyak sangat.

Toyota-SEG-Carib-Mekanika (5)

Azam memilih kereta ini sebab nak nampak lain berbanding kaum kerabat Corolla dan kelab Corolla. Bodypartnya nampak tidak serupa dengan AE110 pekak yang biasa kita jumpa di kedai kereta terpakai.

Bahagian depannya disalin daripada Carib wagon sebelum model facelift. Bampar Carib wagon datang bersama gril yang agak kosong jika dibandingkan dengan versi facelift. Beza ketara pada bampar ini ialah sepasang spotlight yang sudah tentulah tidak ada pada model yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor.

Toyota-SEG-Carib-Mekanika (8)

Bampar belakang Carib tidaklah mudah ditemui. Jadi apabila Azam dapat bampar Carib model facelift 1999, dia pening nak buat macam mana. Bampar itu cantik lengkok bentuknya, tetapi memasangkannya kepada body terus memang tak logik.

Azam mendapat idea dengan mencantumkan bampar Carib 99 kepada bampar asal AE110 tempatan ini. Hasil akhirnya, saya ingat ini bampar JDM. Cantik pula dengan sepasang reflektor merah jenis built-in. Pelengkap kepada kit badan ini ialah sepasang skirting Carib yang mana kalau perhatikan betul-betul, rupa bentuknya selari dengan garis bawah bampar depan tadi.

Toyota-SEG-Carib-Mekanika (12)

Untuk melengkapkan modifikasi, rim asal telah digantikan dengan rim Volks Racing TE37 15 inci. Pasangan tayarnya ialah Yokohama S Drive bersaiz 195/55. Suspensinya ialah TRD Waydo.

TRD Waydo ialah rangkaian absorber Sportivo yang lebih keras daripada suspensi standard, tetapi tidaklah melantun-lantun macam Honda Type-R. Suspensi ini macam Kayaba SR, cuma Toyota memang ada bagi pilihan aksesori TRD Sportivo untuk model kilang mereka. Sampai sini dalam bentuk half-cut dan kadang-kadang suspensi ini jauh lebih elok daripada absorber yang kita beli di kedai alat ganti.

Toyota-SEG-Carib-Mekanika (17)

Sebuah Corolla sudah tentulah tidak akan jadi Corolla tanpa enjin Corolla yang agung. Enjin 4AGE black top memang tak payah cerita asal-usulnya. Ia enjin yang berkuasa dan boleh dipercayai.

Toyota-SEG-Carib-Mekanika (10)

Boleh dipercayai yang saya maksudkan adalah apabila anda pilih untuk menggunakan kotak gear automatik. Sebenarnya, half-cut yang diambil enjinnya datang daripada half-cut Carib model pra-facelift. Enjin ini dimasukkan terus, tak perlu modifikasi langsung, kecuali pam petrol 1JZ dan fuel regulator Tomei.

Toyota-SEG-Carib-Mekanika (1)

Pengakhiran kepada semua modifikasi ialah kemasan bahagian dalaman. Semua tempat duduk diambil daripada model Carib AE111. Ini termasuklah papan pemuka, meter, konsol gear, karpet dan stereng.

Tunggu apa lagi? Cari kereta ini cepat sebelum jadi panas!

[hr]SPESIFIKASI

Model: Toyota Corolla AE111 / 1997

Enjin: 4AGE blacktop 4 throttle Carib 1996, 1JZ Fuel pump, Tomei Fuel regulator

Transmisi: Automatik 4 kelajuan

Suspensi: TRD Waydo

Brek: Carib AE111 depan belakang

Rim: TE37 15 bronze

Tayar: Yokohama S Drive 195/55

Dalaman: Carib 1996, Apexi RSM, Blitz timer, tong sampah aksesori JDM

Luaran: Bodypart Carib, skirting Carib, spoiler ductail AE111

[hr]GALERI

Toyota-SEG-Carib-Mekanika (4)Toyota-SEG-Carib-Mekanika (9)Toyota-SEG-Carib-Mekanika (14)Toyota-SEG-Carib-Mekanika (15)Toyota-SEG-Carib-Mekanika (16)Toyota-SEG-Carib-Mekanika (18)

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button