Buletin

TOYOTA BAKAL LANCAR KEMBAR HARRIER, FRONTLANDER DI CHINA. LHD, PILIHAN ENJIN 2.0L & HIBRID

April lalu, Toyota telah melancarkan Harrier serba baharu ke pasaran Jepun.

Crossover generasi keempat itu akan diperkenalkan ke pasaran pemanduan sebelah kiri (LHD) seperti China, Amerika Latin dan Asia Barat dengan nama Frontlander.

Jentera itu dihasilkan oleh rakan kerjasamanya di China, GAC-Toyota.

Dibina di atas platform Toyota New Global Architecture (TNGA), Frontlander dikuasakan oleh enjin aspirasi biasa bersesaran 2.0 liter.

Mampu menjana kuasa sehingga 168hp dan tork 207Nm, ia kemudian dipadankan dengan kotak gear Direct-Shift CVT.

Varian hibrid pula menggunakan khidmat enjin 2.5 liter berkuasa 218hp, motor elektrik 40kW dan 220hp untuk model pacuan semua roda.

Dari segi perubahan yang dilakukan adalah minimum. Untuk bahagian dalaman pula, Frontlander didatangkan dengan kemasan kayu tiruan, tempat duduk dibalut kulit, skrin sentuh 12.3 inci dan banyak lagi.

Google ads
Back to top button