Buletin

TOYOTA CAMATTE57S

Toyota baru-baru ini memperkenalkan sebuah kereta konsep yang fokus kepada keluarga yang dikenali sebagai Camatte57s. Kereta sporty tanpa bumbung itu dipamerkan di Zon Kehidupan Kanak-kanak sempena acara Tokyo Toy Show. 

110613toy-b

Model konsep terbaharu Toyota ini menekankan tentang perkongsian idea untuk menghasilkan sebuah kereta yang ideal. Ia diinspirasikan oleh generasi ibu bapa dan anak yang melakukan aktiviti menyeronokkan bersama.

110613toy-d

Toyota juga percaya bahawa menerusi penglibatan anak-anak dalam aspek pemilihan reka bentuk dan penampilan kereta, ia mampu membantu mereka belajar tentang keseronokan dunia pemotoran.

110613toy-f

Camatte57s dibina di atas konsep asal Camatte yang pernah dipamerkan pada tahun lalu. Cuma pada tahun ini, aspek pengubahsuaiannya dilihat lebih mudah untuk diaplikasikan.

110613toy-e

Tubuh jentera ini diperbuat daripada 57 komponen panel yang ringan dan boleh dicabut. Komponen itu juga boleh terdiri daripada pelbagai kemasan warna dan reka bentuk.  Gayaan roadster tanpa bumbung menambah elemen keseronokan, sekali gus membolehkan penumpang dan pemandunya menikmati ruang dalamannya yang berwarna-warni.

110613toy-h

Pedal dan tempat duduknya mudah dilaras. Maka, kanak-kanak pun boleh memandunya. Posisi tempat duduk belakang sebelah kanan membenarkan orang dewasa membantu mengawal stereng dan brek. Ini bermakna kanak-kanak boleh mula mengasah kemahiran memandu mereka dalam persekitaran yang selamat.

110613toy-j

Kereta ini dikuasakan oleh motor elektrik. Dimensinya, 3,00mm panjang, 1,440mm lebar dan setinggi 1,000mm. Ia boleh menempatkan tiga orang penumpang tanpa sebarang masalah.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button