Buletin

TOYOTA CAMRY 2013

Sedan eksekutif paling popular di Malaysia sejak enam tahun lalu (2006 – 2012), Toyota Camry telah dikemas kini dan ditambah baik untuk tahun 2013. Generasi terkini Toyota Camry yang dilancarkan pada tahun lalu dipasang di Malaysia dalam tiga varian iaitu 2.5V, 2.0G dan 2.0E.

Camry kini hadir dengan sistem Vehicle Stability Control (VSC) yang turut meliputi Traction Control (TRC) untuk varian 2.5V dan 2.0G. Sistem keselamatan aktif ini dibangunkan oleh Toyota untuk mengesan gelinciran tayar sewaktu memecut di selekoh atau membelok di atas jalan yang licin. Situasi ini boleh menyebabkan kereta hilang kawalan dan mungkin menyebabkan kemalangan.

Jika oversteer atau understeer dikesan, sistem akan mengenakan kuasa membrek yang sewajarnya ke atas tayar tertentu dan mengurangkan kuasa enjin untuk mengembalikan cengkaman.

camry1_1280

Walaupun penampilan luaran tidak berubah, ruang kabin Camry 2.5V dan Camry 2.0G kini menggunakan tona hitam (sebelum ini warna beige). Sementara varian Camry 2.0E kekal dengan warna beige. Semua varian Camry juga dilengkapi dengan ISOFIX.

Camry 2.0G dilengkapi dengan sistem kemasukan pintar (Smart Entry) dan Start System yang merupakan ciri standard untuk model Camry 2.5V. Sistem ini membolehkan proses mengunci dan membuka pintu serta ruang kargo belakang lebih mudah. Enjin pula boleh dihidupkan dengan hanya menekan butang.

Camry 3

Spesifikasi teknikal untuk Camry bagaimanapun tidak berubah. Ia masih menggunakan dua pilihan enjin iaitu 2.5 liter 2AR-FE dan 2.0 liter 1AZ-FE.Untuk ketenangan jiwa pemiliknya, Camry hadir bersama jaminan selama 36 bulan atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Biarpun dengan penambahan tersebut, harga yang ditawarkan untuk Camry 2.5V masih sama iaitu RM180,917. Sementara harga Camry 2.0G bertambah sebanyak RM1,000 (RM158,915) dan Camry 2.0E boleh anda miliki pada harga RM149,915 seunit. Semua harga ini adalah termasuk insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia dengan warna metalik. Kesemua model terbaharu ini akan dipamerkan di semua bilik pameran Toyota mulai hari ini.  

Wallpaper_newVIOS_1280

Selain penambahbaikan tersebut,  UMW Toyota Motor mengadakan kempen AMAZING TOYOTA VALUE sepanjang bulan Mei, dengan promosi-promosi menarik dan peningkatakan ke atas beberapa model pada harga yang cukup berbaloi.

Misalnya, Toyota Vios kini hadir dengan warna putih mutiara untuk varian 1.5G, 1.5G Limited dan 1.5 TRD Sportivo dalam unit  terhad. Untuk opsyen ini, anda perlu membuat penambahan sebanyak RM800.

Model-model lain yang turut ditambah baik ialah Hilux double cab 2.5G M/T, 2.5G A/T, dan 3.0G A/T. Trak pikap itu ditawarkan dengan sistem Toyota DVD Audio Video Navigation (AVN) dan kamera mengundur secara percuma. Aksesori tulen Toyota ini bernilai  RM2,990.

hilux1_1280

Selain kempen AMAZING TOYOTA VALUE juga menawarkan rebat pembayaran pendahuluan yang menarik untuk model-model seperti Vios, Camry, Altis, Prius, Prius C, Hilux dan Avanza. Maklumat lanjut, sila kunjungi mana-mana bilik pameran Toyota atau layari laman web: www.toyota.com.my. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button