" "
Buletin

TOYOTA CAMRY NIGHTSHADE SPECIAL EDITION 2023, UNTUK AMERIKA SYARIKAT!

Toyota Camry, sebuah model yang sentiasa menerima sambutan baik sehingga menjadi sedan saiz sederhana paling laris dalam tempoh 20 tahun berturut-turut di Amerika Syarikat.

Di sana, ada berbelas varian Camry yang ditawarkan dari model asas sehingga pilihan TRD yang sporti.

Terbaru Toyota memperkenalkan Camry Nightshade Special Edition 2023 dengan beberapa ciri-ciri baharu.

Pakej Nightshade Special Edition menjadikan Camry 2023 nampak seperti sebuah sedan sport premium.

Berbeza dengan pasaran lain seperti negara kita, Camry pasaran Amerika Syarikat diposisikan kepada sedan dengan gayaan sporti berbanding eksekutif.

Paling jelas ialah bampar depan dengan rekaan lebih agresif.

Untuk Camry Nightshade, Toyota menggunakan gril depan hitam dan jaring Sport Mesh yang diambil dari Camry TRD.

Turut dilengkapi komponen berwarna hitam seperti spoiler belakang, cermin sisi dan logo luar.

Baharu untuk model 2023 ialah lampu depan riasan hitam pada lampu depan dan belakang yang menonjolkan lagi karakter varian ini.

Turut menyerlah ialah roda 19 inci dalam warna gangsa kusam untuk tiga pilihan warna badan iaitu putih, Midnight Black dan Reservoir Blue.

Bagi model SE, sama seperti model sebelum ianya menggunakan suspensi talaan sport.

Dari segi sambutan, pakej Nightshade merangkumi sekitar lima peratus dari jualan keseluruhan Camry pada tahun 2021 dan dijangka mencecah tujuh peratus pada tahun ini.

 

Berikut pula ialah ciri-ciri Toyota Camry 2023:

  • 18 varian yang terdiri daripada pacuan 2WD, AWD, hibrid dan V6
  • Camry LE, XLE, SE, SE Nightshade, XSE, TRD
  • Menggunakan platform TNGA-K
  • Enjin 2.5 liter Dynamic Force, 3.5 liter V6 dan 2.5 liter Dynamic Force dengan Toyota Hybrid System (THS II)
  • Transmisi automatik lapan kelajuan Direct Shift
  • Sepuluh beg udara, Rear Seat Reminder
  • Toyota Safety Sense 2.5+ dan Toyota Star Safety System

BACA: TOYOTA VELOZ SKOR 5 BINTANG ASEAN NCAP, MARKAH 80%.

BACA: TOYOTA MINTA YAMAHA BANGUNKAN ENJIN HIDROGEN V8 NA. KUASA CECAH 444HP, 540NM 

BACA: CX-50 PASANG DI KILANG KONGSI MAZDA DAN TOYOTA DI AS!

Google ads
Back to top button