Artikel Pilihan

TOYOTA VELOZ SKOR 5 BINTANG ASEAN NCAP, MARKAH 80%.

ASEAN NCAP iaitu badan pemantau dan penrafan keselamatan kenderaan baru di ASEAN telah pun mengeluarkan keputusan rasmi ujian perlanggaran dan keselamatan bagi produk terbaru Toyota iaitu MPV 7 tempat duduk iaitu Veloz. Keputusan ini terpakai bagi Veloz yang dijual di Indonesia, Filipina, Vietnam dan Brunei.

Model ini mendapat skor penuh 80% daripada 4 elemen utama ujian iaitu perlindungan penumpang dewasa (AOP), perlindungan penumpang kanak-kanak (COP), Bantuan teknologi mengelak kemalangan (safety assist) dan juga keselamatan penunggang motosikal (motorcycle safety)

Veloz mendapat skor 34.88/40 bagi perlindungan penumpang dewasa, 17.17/20 bagi perlindungan kanak-kanak, 16.03/20 bagi bantuan teknologi keselamatan dan juga 11.92/20 bagi Motorcycle Safety. Markah 80% ini melayakkan Toyota Veloz diberi penarafan skor 5 bintang ujian kemalangan.

Tapi bagi markah Motorcyle Safety atau keselamatan penunggang motosikal, kita akan perasan bahawa Veloz hanya mendapat 11.92 sahaja daripada markah penuh 20%. Ini kerana Veloz yang diuji ketika ini tidak memasang sistem Advanced Rear Visualisation seperti kamera 360 darjah bagi membantu kenderaan diundur dengan selamat (2 poin markah) bagi varian yang diuji

Toyota Veloz juga tidak menawarkan apa-apa ciri menarik dalam aspek Advanced Motorcyclist Safety Technology menyebabkannya hilang markah tambahan sebanyak 2 poin. Sebagai contoh Honda Civic yang diuji baru-baru ini menawarkan brek kecemasan automatik AEB yang boleh mengesan motosikal, menyebabkan Civic mendapat 2 poin tambahan

Ciri Auto High Beam yang boleh mengesan motosikal di dalam gelap terutama pada waktu malam turut dipasang pada Veloz, namun ujian menunjukkan Veloz hanya mendapat 0.87 poin daripada markah penuh 2 poin. Semua ini menerangkan mengapa Veloz mendapat 11.92 bagi Motorcycle Safety

Toyota Veloz di Indonesia ditawarkan dengan ciri Brek Pra-Perlanggaran dan Amaran, Front Departure Alert, Pedal Misoperation, Lane Departure Warning & Prevention, Sistem amaran lintasan belakang, amaran titik buta, 6 beg udara, ESC, Kamera 360 darjah (model tertinggi) dan 2 poin ISOFIX

Dalam ujian di ASEAN NCAP, Veloz yang digunakan dalam ujian perlanggaran ialah Veloz dengan varian terendah tanpa beg udara sisi dan curtain airbag. Bagi ujian sistem keselamatan termaju, ujian dibuat dengan varian TSS (Toyota Safety Sense)

Google ads
Back to top button