TOYOTA GR COROLLA 2023 DIBIDA PADA HARGA RM209K – PEMBELI KESAL, TANGGUNG RUGI RM36K
Sebuah Toyota GR Corolla 2023 telah dilelong pada harga AS$48,500 (RM209,326), iaitu AS$8,427 (RM36,370) lebih mahal berbanding harga asalnya. Menurut penjual, dia masih menanggung kerugian.
GR Corolla dikuasakan oleh enjin tiga silinder, yang mungkin lebih berkuasa daripada seperti dinyatakan oleh Toyota, dan sistem AWD pintar bersama transmisi manual enam kelajuan. Ia juga dijual dalam kuantiti terhadi, jadi tidak mengejutkan bahawa peniaga meletakkan harga lebih tinggi di seluruh negara.
Untuk GR Corolla standard, ia bermula pada harga AS$35,900 (RM154,944) dengan menampilkan pakej performance AS$1,180 (RM5,092), termasuk pembezaan gelincir terhad serta kaliper brek berwarna merah. Ia juga dilengkapi pakej teknologi bernilai AS$770 (RM3,323) manakala pakej cuaca sejuk pula bernilai AS$500 (RM2,158), termasuk ciri pamanas pada tempat duduk hadapan dan stereng.
Dengan spesifikasi di atas, ia akan berada di pasaran pada tanda harga AS$40,073 (RM172,955). Namun, selepas terdapat perkhabaran bahawa kereta itu telah dijual oleh pemilik, ia telah dibida pada harga AS$47,050 (RM203,067).
Selepas bidaan tamat, pembeli berkata dalam ruangan bualan di Cars & Bids, dia tidak berasa rugi tetapi berasa sedikit kecewa kerana kini, bayaran pendahuluan untuk GR Corolla 2023 lebih murah berbanding wang dilaburkan untuk membida kereta tersebut.
Ia merupakan pengajaran untuk kita walaupun peniaga mungkin cukup tamak untuk memerah setiap wang daripada pelanggan mereka, nilai yang mereka letakkan pada kereta tidak selalunya diletakkan dengan tanda harga tidak munasabah.