Buletin

TOYOTA GR COROLLA 2024 EDISI TERHAD DIPERKENALKAN DI JEPUN, TERHAD 550 UNIT, HARGA BERMULA RM167K

Toyota mengumumkan Toyota GR Corolla 2024 versi kemas kini bakal diperkenalkan di pasaran Jepun dengan hanya 550 unit sahaja di sediakan selain, pemilik bertuah dipilih melalui cabutan loteri pada September ini.

Selain padanan warna luaran baharu, Toyota turut menambahbaik produknya dengan menggunakan pengalaman yang diperoleh dalam sukan permotoran.

Toyota menggunakan bolt pengetat di bahagian suspensi hadapan serta kotak gear stereng. Untuk bahagian suspensi belakang, saiz kepala bolt digunakan bertambah sebanyak 2mm kepada 24mm.

Selain itu, saluran udara pada bampar hadapan juga menerima kemas kini untuk mengoptimumkan aliran udara ke roda.

Ia dikatakan dapat mengurangkan seretan sambil meningkatkan kestabilan stereng dan kebolehgerakan.

Dari segi kuasa, ia masih dijana oleh enjin petrol 1.6 liter tiga silinder pengecas turbo, menghasilkan 300hp dan tork 370Nm.

Toyota GR Corolla pasaran Jepun bakal ditawarkan pilihan warna baharu iaitu cyan metallic dan warna dalaman gandingan hitam/biru tetapi pilihan warna berkenaan hanya terhad  50 orang sahaja.

Untuk harga, Toyota GR Corolla 2024 diberi tanda  harga AS$35,859 (RM167,604) dan tempahan boleh dibuat sehingga 11 September.

GALERI:

Google ads
Back to top button