Buletin

TOYOTA COROLLA PIKAP BAKAL DIPERKENALKAN 2027 DI PASARAN AMERIKA UTARA

Media asing baru-baru ini mengesahkan bahawa Toyota bakal memperkenalkan Toyota Corolla pikap pada 2027.

Menurut laporan, pembangunan model berkenaan berkemungkinan sedang berjalan dan tambahnya lagi, model trak pikap itu berdasarkan platform Corolla, TNGA-C Corolla bagi memenuhi permintaan kukuh pengguna Amerika untuk model trak pikap.

Berdasarkan platform tersebut, ia dijangka tidak sebaik model pikap sedia ada seperti Hilux atau Tacoma, terutama dari segi keupayaan off-road.

Walaupun berita semasa mengenai model ini tidak begitu jelas, bahkan jika ia benar-benar dikeluarkan secara besar-besaran, Toyota Corolla pikap tidak akan dilancarkan sehingga awal tahun 2027.

Dilaporkan model baharu itu bakal dikeluarkan di kilang di Mississippi, Amerika Syarikat dan dijual pada pasaran Amerika Utara.

Sama ada Toyota Corolla pikap datang ke Malaysia atau pasaran lain di luar Amerika Utara pada masa hadapan, kita perlu menunggu berita lebih lanjut nanti.

Google ads
Back to top button