NISSAN HASILKAN POWERBANK BESAR DARI BATERI LAMA NISSAN LEAF EV
Salah satu salah faham yang sering bermain di minda orang awam ialah bateri EV akan menjadi punca pencemaran alaf baru apabila bateri EV tidak lagi sesuai digunakan apabila kapasiti pengecasan dan penyimpanan tenaga jatuh di bawah 70% SOC
Namun berbeza dengan komponen enjin petrol ataupun diesel, bateri EV sebenarnya masih boleh dikitar semula da dijadikan peralatan lain. Secara umum bateri EV dihasilkan dengan menggunakan rumusan kimia mengandungi komposisi logam lithium, manganese dan kobalt bagi jenis NMC manakala bagi bateri LFP pula ia dihasilkan daripada komposisi LFP (Lithium Ferrous Phosphate)
Nissan pada hari ini membuktikan bateri lama yang digunakan pada Nissan Leaf generasi pertama boleh dikitar semula menjadi power bank yang besar mudah alih dan digunakan di kawasan yang dilanda bencana alam dan terputus bekalan elektrik.
Sebanyak 650,000 unit Nissan Leaf telah dihasilkan dan dijual oleh Nissan dan kebanyakan bateri ini masih mengekalkan keadaan yang baik. Nissan bekerjasama dengan JVCKenwood Corporation dan 4R Energy Corp dan Sumitomo Corp telah menghasilkan power bank yang dikitar semula dari Nissan Leaf.
Power bank ini mengandungi 2 modul bateri dengan berat mencecah 14.4kg dijual dengan harga sekitar RM 5468 seunit. Setiap unit Nissan Leaf menggunkana sehingga 48 sel, ini bermakna setiap EV boleh menghasilkan 24 unit power bank sekiranya modul berkenaan masih boleh menyimpan cas elektrik.
Proses pengitaran semula ini akan menggunakan semula logam rare earth, mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dan mengekalkan kelestarian alam. Pada tahun 2010 Nissan telah mengeluarkan kenyataan bahawa bateri Nissan Leaf boleh bertahan sehingga 12 tahun dalam keadaan penggunaan lasak, dan jangka hayat bateri ini mencecah 22 tahun.
Sewaktu dilancarkan dulu, modul bateri Nisssan Leaf direka dengan menghasilkan 64Ah. Ini bermakna secara teori setiap power bank Nissan mengandungi 128Ah atau 28,160 watt hours dengan 220 Volt. Jika anda menggunakan peralatan elektrik 1kW power bank ini boleh bertahan selama 28 jam
EV batteries use expensive rare metals and other raw materials, and their manufacture produces carbon gases, so reusing them for other purposes helps sustainability.