Pandu Uji

TOYOTA COROLLA CROSS GR SPORT, INI VERSI YANG LEBIH PEDAS

Toyota Corolla Cross diperkenalkan pada tahun 2020, walaupun di tengah kekalutan dunia bergelut dengan masalah COVID-19 tapi jualan Corolla Cross masih lagi memberansangkan. Untuk pengetahuan bersama, Corolla Cross dihasilkan dengan menggunakan platform TNGA-C iaitu platform yang sama digunakan untuk Toyota C-HR

Tapi kali ini Toyota belajar kekurangan yang dihadapi oleh C-HR iaitu ruang yang sempit di bahagian belakang. Sebagai rekod platform ini juga digunakan untuk menghasilkan Toyta Corolla sedan tapi dengan jarak antara roda yang berbeza iaitu 2700mm.

Sama seperti C-HR dan Corolla Cross, jarak antara roda crossover ini dihailkan pada 2640mm. Sewaktu dilancarkan satu ketika dulu, Toyota tiada saingan yang mampu menggugat mereka. Tapi selepas dilancarkan dalam tempoh 3 tahun Corolla Cross menghadapi saingan daripada Mazda CX-30 CKD, Honda HR-V baru dan juga Proton X50

Toyota perlukan sebuah crossover dengan imej yang sporti bagi memikat pembeli muda, maka Corolla Cross GR Sport dilancarkan bersama-sama 5 beradiknya yang lain seperti GR Supra manual, GR Corolla Hatchback, GR 86 dan juga Hilux GR Sport.

Dari kemasan luar, varian Corolla GR Sport ditawarkan dalam 3 warna samaada putih, merah atau biru dengan warna bumbung diberikan dengan warna hitam. Rekaan depan terutama rekaan jeriji depan hitam berkilat diberikan pembedahan plastik bagi menjadikan kereta ini nampak lebih agresif, dengan rekaan 2 lapisan jeriji

Lampu kabus juga dinaikkan lebih tinggi, dan penulis memang sukakan rekaan yang diposisikan tinggi bagi membantu penglihatan pada waktu malam. Corolla Cross GR Sport juga menerima rim rekaan baru 10 bilah turbin dengan logo GR khas untuk arian ini

Kemasan belakang pula terhad kepada penggunaan lampu belakang clear smoked, lencana GR dan juga diffuser khas untuk GR Sport di bampar belakang. Secara keseluruhan rekaan sebegini menjadikan Corolla Cross GR Sport nampak lebih agersif berbanding dengan varian biasa

Untuk ruang dalaman, varian ini menerima kusyen kulit baru dengan logo GR, dan juga logo GR dipasang pada butang penghidup, serta pelapik kaki. Benang merah juga menjadi pilihan untuk digunakan pada kusyen, tombol gear dan juga pada roda stering

Varian GR Sport sebenarnya diasaskan daripada varian 1.8V, ini bermakna semua aksesori varian V akan ditemui semula seperti skrin multimedia 9 inci dengan Apple Car Plar / Android Auto, 2 poin USB di bahagian belakang, pengecas tanpa wayar dan juga meter analog dengan meter digital 4.2 inci

Ruang kargo adalah sebesar 440 liter, boleh digandakan menjadi 1337 liter apabila kusyen belakang dilipat dam juga ditawarkan dengan powered tailgate. Disebabkan jarak antara roda ialah 2640mm, maka ruang belakang adalah kecil sedikit jika dibandingkan dengan Corolla Sedan.

Enjin 4 silinder 1800cc dual VVT-i yang menjana sekitar 137 kuasa kuda dan 172Nm tork masih lagi dikekalkan. Tapi jika anda biasa memandu kenderaan Toyota, anda akan terasa perbezaan dari segi penghantaran kuasa yang lebih lancar dan bertenaga seolah-olah anda sentiasa memandu dalam keadaan Sport Mode sepanjang masa

Tapi tiada ciri mode pemanduan ditawarkan melainkan hanya satu tetapan mode yang agresif. Semua kuasa akan dihantar ke roda depan menerusi transmisi CVT dengan 7 kelajuan maya yang boleh dikawal dengan ciri Shiftronic. Sepatutnya varian GR perlu diberikan ciri Paddleshifter.

Untuk rekod varian ini memberikan bacaan purata sekita 14.7km bagi setiap litwer petrol apabila dipandu pada halaju malar 120km/jam. Varian 1.8G dengan rim 17 inci pula menawarkan bacaan sekitar 15.4km/liter manakala varian hybrid adalah sekitar 23.3km/liter

Semasa ujian, selain daripada respon yang lancar penulis juga telah menguji halaju tertinggi yang boleh dicapai oleh GR Sport dimana ia dihadkan kepada 190km/jam. Satu perkara yang boleh dipuji lagi ialah enjin masih lagi memberikan “kick” pada halaju tinggi sebelum mencapai laju maksimum.

Operasi gear CVT adalah sangat lancar, dan tidak dinafikan CVT yang ditawarkan oleh Toyota adalah CVT yang paling bagus dalam pasaran. Ia lembut bila meghantar kuasa pada halaju rendah dan boleh menjadi agresif jika anda pandai menggunakan Shiftronic. Kalau ada paddleshifter mesti lagi best.

Pujian juga harus diberikan pada tetapan stering yang diberikan ECU GR bagi menghasilkan rasa pemanduan yang lebih baik. Jadi stering Corolla Cross GR ini akan menawarkan komunikasi yang lebih antara pemandu dengan tayar depan dan rasa lebih stabil pada halaju tinggi

Sekiranya anda mengintai di bawah kenderaan, anda akan mendapati terdapat bar anti oleh atau braces yang dipasang pada bahagian tengah cesi. Spring dan juga penyerap hentakan juga ditala dengan lebih keras bagi menawarkan pemanduan yang lebih sporti.

Sekiranya anda melalui selekoh S dengan laju, anda akan rasa perbezaannya dengan Corolla Cross varian biasa yang lebih lembut. Tapi jika anda terlalu agresif di selekoh dan memandu melebihi 140km/jam, maka anda akan rasa cesi belakang terasa membuai sedikit. Alangkah bagus jika suspensi belakang lebih keras sedikit, tapi penumpang belakang mungkin akan terasa tidak selesa

Prestasi brek adalah “OK” dana alangkah bagus jika brek boleh mengigit dengan lebih baik, barulah padan dengan lencana GR yang disemat pada bahagian luar. Selain tidak menawarkan paddleshifter, kelemahan Corolla Cross GR Sport ialah ia masih mengekalkan ciri foot brake, bukannya EPB

Dalam aspek keselamatan, varian GR Sport diberikan pakej lengkap Toyota Safety Sense yang terdiri daripada Pre-Collisiion Sytem, Lane Departure Warning, Lane Keep Assist, Adaptive Cruise Control, Auto High Beam, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert dan kamera 360 darjah

Dengan harga RM 142,000 varian GR Sport ini adalah sama mahal dengan varian hybrid, ditawarkan dengan 5 tahun jaminan tanpa jarak perbatuan. Jadi jika anda peminat Toyota yang “rebel”, nak pandu dengan agresif tapi masih amhukan crossover yang memuatkan 5 penumpang maka Corolla Cross GR Sport ini mungkin untuk anda.

Google ads
Back to top button