TOYOTA GR YARIS CUCUK RAPAT PORSCHE CAYMAN 718 GT4 DI NURBURGRING
Dengan skill dan kemahiran yang mencukupi, seorang lelaki yang memandu kereta berkuasa rendah tentu sekali boleh mengalahkan pesaingnya yang hanya bergantung semata-mata pada kuasa kuda yang jauh lebih besar.
Macam cerita Initial D.
Kisah di Litar Nurburgring ini dilihat mengambil inspirasi daripada cerita animasi penghantar tauhu itu, di mana sebuah GR Yaris dikatakan mampu mengejar rapat sebuah Porsche 718 Cayman GT4.
Berdasarkan video, pemandu GR Yaris tersebut dilihat mempunyai pengalaman berlumba dilitar yang jauh lebih baik berbanding pemandu Porsche 718 Cayman GT4.
Dan mengikut peraturan, peserta track day yang memandu dalam kelajuan yang lebih perlahan daripada kereta belakang perlu memberikan laluan dengan beralih ke sebelah kanan.
Biarpun pemandu GR Yaris tersebut sudah pun memberikan isyarat untuk memotong, pemandu Cayman GT4 itu nyata berdegil dan tidak memberikan sebarang ruang kepada hot hatch kecil itu.