Artikel Pilihan

TOYOTA GR YARIS GAZOO RACING. MEMANG PADU

Toyota memulakan tahun 2020 ini bukan dengan kereta terbang, tapi dengan sebuah kereta kompak iaitu model Yaris. Ia merupakan sebuah hot hatch 3 pintu dengan enjin 1600cc 3 silinder dengan bantuan sistem pendesak turbo. Maaf ia tiada kaitan langsung dengan Toyota Yaris yang dijual di Malaysia dan pernah dipandu uji oleh penulis.

Anda tidak boleh membeli Yaris di Malaysia dan tampal sahaja pelekat Gazoo Racing pada sisi badan kereta. Ia merupakan model yang sangat berbeza dengan model yang dijual di Malaysia. Enjin GR Yaris ini menghasilkan 261 kuasa kuda dan 360Nm tork. Dengan berat hanya 1280kg, GR Yaris ini memang seronok dilenjan.

Platform yang digunakan oleh GR Yaris ini memang lain dari lain. Bahagian depan platfrom menggunakan TNGA B platform manakala bahagian belakang menggunakan TNGA C Platform. Jadi gandar depan menggunakan suspensi McPherson dan bahagian belakang menggunakan suspensi double wishbone.

Suspensi double wishbone ini memberikan kelebihan dinamik pemanduan pada GR Yaris dimana tayar akan sentiasa bersentuhan dengan permukaan jalan apabila melalui permukaan jalan yang tidak rata. Oh ya GR Yaris menggunakan tetapan All Wheel Drive bagi menghantar kesemua tork dengan berkesan.

Panel luaran yang membentuk rekaan GR Yaris tidak berkongsi mana mana bahagian dengan Yaris biasa yang dijual di sini dan juga Eropah. Kalau ada pun mungkin rekaan lampu depan dan juga belakang. Ketinggian bumbungnya pula direndahkan sehingga 5 mm dan lebarnya 55mm berbanding dengan Yaris biasa.

Bagi memastikan ia kekal ringan, GR Yaris menggunakan CRP ataupun carbon reinforced plastic pada bahagian bumbung, bonet depan, dan juga pintu. Malah bampar depan dan belakang dibuat dengan nipis bagi mengurangkan berat.

Bagi mengurangkan lagi berat cesi, sistem AWD tidak menggunakan Center Differential. Sebaliknya ia menggunakan sistem pek klac yang dipasang antara propeller shaft dan juga differensial pada gandar belakang. Sistem ini direka dan dihasilkan oleh anak syarikat Toyota iaitu JTEKT Automotive lebih kompak dan ringan daripada klac Haldex.

Bagi sistem Klac Haldex, kebiasaannya ia akan menghantar kuasa pada tayar depan sepanjang masa dan tayar belakang menerima kuasa jika diperlukan. Sistem klac GR Yaris menggunakan tetapan 30-70 (depan – belakang) bagi mode pemanduan normal, 40-60 bagi mode pemanduan Sport dan 50-50 bagi mode perlumbaan.

Diferensial pada bahagian belakang pula direka dengan 1% lebih laju dari bahagian depan. Diferensial ini juga menggunakan Torsen Limited Slip Differential jika pembeli memilih untuk menaiktaraf dengan pakej Circuit Pack. Setelah selesai dengan spesifikasi, Toyota terpaksa bergelut dengan talaan kereta agi mendapatkan formula yang betul.

Jadi Toyota menjemput Tommi Makinen Racing iaitu pasukan yang mewakili Toyota dalam World Rally Championship. Tommi Makinen dan pasukannya memberikan segala maklumat semasa proses pandu uji di atas pelbagai permukaan bagi menghasilkan GR Yaris.

Bagi memenuhi keperluan homologasi WRC, Toyota perlu menjual GR Yaris 25,000 unit kereta ini dalam setahun ataupun lebih. Memasuki fasa pengeluaran besar-besara bermaksud mereka perlu menjual kereta ini pada harga yang amat berpatutan. Malah terdapat juga desas desus mengatakan keuntungan Toyota hasil dari penjualan GR Yaris adalah rendah dan tidak setinggi model yang lain.

Namun Toyota menunjukkan pada dunia keupyaan mereka dalam menghasilkan sebuah model kompak yang memenuhi keperluan homologasi perlumbaan WRC. Ia mampu memecut daro 0-100km/j dalam masa 5.2 saat dan mencapai kelajuan maksima 230km/j. Penggunaan petrol pula adalah sekitar 11.2km bagi setiap liter malalui kaedah NEDC.

Terdapat 3 pakej berbeza yang boleh dipilih oleh bakal pembeli. GR Yaris standard datang dengan kusyen sport GR Alcantra, stering balutan kulit, roda aloi 18 inci, paip ekzos berkembar, sistem kunci pintar serta sistem pembatalan bunyi bising.

GR Yaris Convinience Pack pula akan dipasang sistem pandu arah 8.8 inci, head up display, sistem audio JBL, sistem Amaran titik buta, sistem amaran lintasan trafik belakang, sensor parkir dan pencahayaan pada ruang kabin.

Circuit Pack pula akan dipasang dengan roda aloi tempaan, caliper brek berwarna merah, sistem suspensi perlumbaan, diferensial Torsen, dan juga bar penstabil pada gandar depan.

Google ads
Back to top button