
MITSUBISHI BANGUNKAN PAJERO MINI UNTUK LAWAN SUZUKI JIMNY
Mitsubishi dan Nissan mungkin akan membangunkan sebuah jentera baharu untuk mencabar Suzuiki Jimny dengan pelancarannya dijangka pada tahun 2024.
SUV kompak itu mungkin akan dikenali sebagai Pajero Mini, sekali gus menghidupkan kembali nama jentera off-road kei-car yang terkenal dalam tahun 1994 sehingga 2013.
Nama untuk model keluaran Nissan bagaimanapun tidak diketahui. Ia mungkin menggunakan nama Kix yang pernah digunakan oleh Nissan untuk SUV kecil yang dilancarkannya pada tahun 1998.

Media Jepun, Best Car melaporkan bahawa Mitsubishi mengetuai pembangunan model pacuan empat roda dan semua roda berkenaan yang turut akan dijual oleh Nissan dengan sedikit perbezaan gayaan luaran dan dalaman. Perubahan pastinya melibatkan rekaan bampar, rim, lampu utama dan sebagainya.
Pelanggan boleh memilih beberapa rangkaian kuasa seperti mild-hybrid dan elektrik. Best Car tidak mendedahkan apakah enjin yang akan dipasang pada SUV tersebut. Namun, tidak mustahil ia akan dilengkapi enjin kurang 660cc berkuasa 63hp. Di samping enjin turbo yang mampu menjana kuasa tork sekitar 100Nm.
Pajero Mini versi elektrik pula mungkin dipasang dengan rangkaian kuasa yang sama dengan Nissan Sakura dan Mitsubishi eK X EV. Ia menggunakan motor elektrik berkuasa 63hp dan tork 195Nm dengan jarak pemanduan sejauh 180km sekali caj.
Sama ada Pajero Mini akan ditawarkan di luar pasaran Jepun masih belum dapat dipastikan.
- BACA: EVOLUSI MITSUBISHI PAJERO – 4X4 IKONIK DARI GARIS MASA SILAM
- BACA: #IKLANPILIHAN: PAJERO KONTOT YANG JARANG-JARANG BOLEH JUMPA
- BACA: TUTUP KILANG, MITSUBISHI BAKAL TAMATKAN PRODUKSI PAJERO TAHUN 2021
- BACA: KILANG PAJERO KINI BERTUKAR MENJADI KILANG PEMBUATAN TISU TANDAS – PILU ADA SEDIH PUN ADA DI HATI INI