Buletin

TOYOTA HILUX TRD SPORTIVO

Trak pikap Toyota Hilux untuk tahun 2015 akan menerima beberapa bentuk penambahbaikan bagi menyegarkan kembali model yang sudah begitu lama berada di pasaran.Ā 

Toyota-Hilux-TRD -Sportivo-mekanika (1)

Antara yang paling ketara ialah pengenalan varian 3.0G TRD Sportivo (AT) dan 2.5G TRD Sportivo (AT). Model tersebut didatangkan dengan bodykit TRD,stiker, lampu nyalaan siang (DRL), spoiler bampar hadapanTRD dan rim aloi berwarna hitam.

Di ruang kabin, ia dibezakan melalui tempat duduk dibalut kulit, cetakan gentian karbon pada panel instrumen dan panel perehat tangan, serta karpet lantai TRD. Pelanggan juga boleh membeli sports bar TRD secara berasingan.

Penambahbaikan varian Hilux 3.0G dan 2.5G merangkumi rim aloi berwarna kelabu gelap, lampu DRL, kemasan dalaman dan material tempat duduk baharu (kulit dan fabrik). Hilux tahun 2015 juga boleh dikenali melalui pelekat badan baharu.

Bagi meningkatkan tahap keselamatan, varian Hilux 3.0G, 2.5G AT dan TRD Sportivo dipasangh dengan filem solar dan keselamatan premium Toyota. Selain menepati spesifikasi JPJ, filem itu juga tidak mengganggu operasi Smartag di tol-tol plaza.

Sebagai maklum balas kepada permintaan pelanggan, UMW Toyota kini menyediakan kunci tambahan untuk tayar simpanan pada semua varian Hilux. Kunci ini dapat menghalang daripada tayar gantian tersebut daripada dicuri.

Pam tayar mudah alih juga akan ditambah sebagai satu cirri standard untuk model 3.0G, 2.5G AT dan TRD (pilihan bagi varian Hilux 2.5G MT, Double Cab Standard dan Single Cab).

Bukan itu sahaja, pemilik varian Hilux 3.0G, 2.5G dan TRD boleh mendapatkan sistem DVD-AVN yang merangkumi kamera untur belakang, lengkap bersama garis statik. Sistem itu juga boleh disesuaikan dengan fungsi MirrorLink dan Miracast pada telefon pintar Android dan iOS menerusi penggunaan Bluetooth atau WiFi.

Untuk rangkaian Hilux Double Cab 2015, dua warna baharu iaitu kelabu metalik dan hitam ada ditawarkan. Sama seperti model-model lain yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor, Hilux hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Toyota Hilux memang trak pikap yang popular. Sejak dilancarkan pada tahun 2005, sebanyak 180,000 unit telah terjual. Ia kekal menjadi peneraju pasaran di peringkat dunia selama lebih 40 tahun.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button