Pandu Uji

TEMPAH HONDA HR-V SEKARANG!

Belum pun dilancarkan secara rasmi, model kompak SUV terbaharu Honda ini dilihat sudah mencetuskan fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Honda-HR-V-booking-Mekanika (13)

Dijangka diperkenalkan secara rasmi pada Februari depan, Honda HR-V serba baharu menggabungkan elemen yang ada pada sebuah SUV dan coupe.

Perkataan HR-V itu sebenarnya diambil daripada V (Hip & Smart Runabout Vehicle). Ia disifatkan sebagai kenderaan generasi baharu yang dinamik. Memiliki penampilan tersendiri, HR-V pasti menjadi pilihan utama bagi mereka yang merancang untuk memiliki sebuah kenderaan baharu.

Honda-HR-V-mekanika (4)

Dibina di atas platform Honda City dan Jazz, HR-V akan dijana oleh unit enjin i-VTEC SHC bersesaran 1.8 liter (enjin sama yang ada pada model Civic 1.8). Enjin tersebut kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT yang dibangun di bawah Teknologi Earth Dream Honda.

Rangkaian itu bukan sahaja berkuasa dan lancar, malah ia menawarkan penjimatan bahan api yang mengagumkan.

Honda-HR-V-mekanika (1)

Bersaiz kompak, HR-V dibina menggunakan kerangka tubuh yang kukuh, stabil dan ringan. Keseronokan pemanduan ditingkatkan lagi menerusi kabin yang lebih senyap dan kurang getaran.

Bahagian kabin SUV itu diserlahkan melalui rekaan konsol tengah yang tinggi. Buat pertama kalinya, HR-V menggunakan brek parkir elektrik. Bukan itu sahaja, pemegang bekas minuman pelbagai guna juga direka untuk membolehkan pengguna meletak barangan peribadi mereka.

Honda-HR-V-booking-Mekanika (12)

Bagi memberikan rasa yang mewah, titik sentuhan di dalam HR-V menggunakan material seperti fabrik dan pad lembut berkualiti tinggi. Tipikal untuk sebuah kenderaan Honda, anda boleh mengharapkan ruang dalaman yang fleksibel dan luas untuk apa jua kegunaan.

Menyentuh tentang aspek keselamatan pula, HR-V dilengkapi sistem bek anti kunci (ABS), Electronic Brake-force Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), Daytime Running Light (DRL), ISOFIX dan enam beg udara.

Honda HR-V Compact SUV

HR-V sudah boleh ditempah di 77 pengedar Honda di seluruh negara bermula 6 Januari 2015. Sempena pelancaran SUV kompak itu, Honda turut menganjurkan siri jelajah ke lokasi-lokasi berikut:

No Tarikh Tempat Lokasi
1 6-11 Januari 2015 Mid Valley, Kuala Lumpur West Lobby (Starbucks)
2 9-11 Januari 2015 Sunway Carnival, Penang Sub Court
3 12-14 Januari 2015 Avenue K, Kuala Lumpur Sub Court
4 16-18 Januari 2015 Paradigm Mall, Petaling Jaya Walkway
5 16-18 Januari 2015 KSL Mall, Johor Bahru Sub Court
6 23-25 Januari 2015 Village Mall, Sungai Petani Entrance

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button