Buletin

TOYOTA KURANGKAN JUMLAH PENASIHAT DARIPADA 60 KEPADA 9 SAHAJA

Toyota Motor Corp. dilapor akan mengurangkan jumlah penasihat yang kini seramai 60 orang kepada hanya 9 sahaja bermula Julai depan.  

Pelan itu dibuat berikutan Toyota mula memperkenalkan peraturan yang lebih ketat mengenai pelantikan jawatan penasihat. Ia dilihat sebagai sebahagian daripada pembaharuan tadbir urus korporatnya.

Shoichiro Toyoda

Langkah itu juga dilaksanakan selepas Bursa Saham Tokyo menggesa syarikat-syarikat yang disenaraikan supaya mendedahkan maklumay tentang tanggungjawab dan layanan terhadap kelompok penasihat ini.

Di bawah peraturan baru, tempoh penasihat kanan dan baru ditetapkan kepada setahun sahaja. Pelantikan semula mereka akan dibuat oleh pihak luar, bukannya lembaga ahli pengarah.  

Ahli keluarga pengasas Toyota, Shoichiro Toyoda akan terus bertindak selaku pengerusi kehormat. Manakala bekas Presiden Toyota, Fujio Cho kekal sebagai penasihat kanan.

Bekas Presiden Toyota dan Pengerusi Hiroshi Okuda, yang juga merupakan pengurusi perniagaan lobi terkenal di Jepun, Keidanren bakal meletak jawatan sebagai penasihat kanan.

Akio Toyoda

Di bawah peraturan terdahulu, individu yang memegang jawatan naib presiden kanan atau lebih tinggi secara automatik dilantik sebagai penasihat kanan selepas melepaskan jawatan masing-masing.

Amalan yang sudah sekian lama dilakukan itu kini dipersoalkan oleh para pemegang kerana lantikan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada mereka. Ia juga dikritik secara terbuka kerana tidak telus.  

Pada mesyuarat umum pemegang saham di ibu pejabat Toyota di wilayah Aichi, Presiden Akio Toyoda berazam untuk terus menyahut cabaran. Pendekatan itu penting demi menjadikan Toyota kekal menjadi syarikat yang diingini oleh pengguna.

“Toyota akan menambah baik aspek kompetitf menerusi kereta elektrik dan pemanduan berautonomi,” kata Toyoda.

Di mesyuarat sama, para pemegang saham meluluskan pelantikan sembilan ahli lembaga pengarah. Majlis itu menyaksikan Pegawai Pengurus Eksekutif Sumitomo Mitsui Banking Corp., Teiko Kudo menjadi wanita pertama dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Toyota.   

Google ads
Back to top button