Artikel Pilihan

DAIHATSU TERIOS – KINI DILENGKAPI DENGAN FUNGSI ECO-IDLE (BARU NAK ADA?)

Pasaran model penumpang tujuh tempat duduk cukup sengit di Indonesia. Selain daripada Toyota Rush dan Toyota Avanza, model Daihatsu Terios juga antara pilihan yang agak popular bagi mereka yang kekurangan bajet. Sudah tentu, segmentasi diantara dua produk ini telah dipisahkan, satunya untuk mereka yang lebih berduit manakala satu lagi khusus untuk golongan marhaen dengan harga yang lebih mampu bayar ansuran bulanan.

Setelah beberapa ketika di pasaran, pengedar rasmi Daihatsu di Indonesia, Astra Daihatsu Motor memutuskan untuk mengemaskini produk Daihatsu Terios. Sementelah pasaran tujuh tempat duduk cukup sengit di sana. Untuk makluman pembaca Mekanika, Daihatsu Terios ini adalah antara merupakan produk paling laku di bawah model Daihatsu Gran Max Pick Up dan juga Daihatsu Sigra.

Jadinya, kini sudah tentu Daihatsu Terios memerlukan sedikit perubahan bagi memastikan ianya terus kekal berdaya saing untuk berada dalam pasaran. Perubahan tersebut adalah melibatkan penambahan fungsi Eco-Idle terhadap SUV tujuh tempat duduk ya ini. Ya benar, sebelum ini Daihatsu Terios ini tidak mempunyai fungsi yang mampu menjimatkan sedikit bahan bakar tersebut ketika berhenti di lampu isyarat mahu pun ketika jem yang dasyat di Kota Jakarta.

Dua lagi fungsi / ciri yang telah ditambahbaik terhadap Daihatsu Terios ini adalah merupakan VSC (Vehicle Stability Control) dan juga HSA (Hill Start Assist) pada model varian X (standard). Selain daripada penambahan beberapa ciri tersebut, Daihatsu Terios ini sebetulnya mempunyai sehingga sembilan varian yang ditawarkan kepada pengguna di sana, dengan varian Daihatsu Terios X (Manual) sebagai model paling standard sehinggalah kepada varian Daihatsu Terios R Custom (Auto) sebagai model paling tinggi dalam hirarki. Perbezaan harga juga agak ketara, varian X dimulai sekitar Rp.205.100.000 (RM60,345) sehingga ke Rp.255.600.00 (RM75,204) untuk varian tertinggi.

Sepatutnya penampilan luaran juga seharusnya diberikan sedikit sentuhan kosmetik memandangkan model ini telah pun berada di pasaran Indonesia lebih kurang empat tahun lamanya. Apatah lagi kini pasaran penumpang tujuh tempat duduk bakal dihangatkan lagi dengan kehadiran generasi Honda BR-V yang baharu sahaja dilancarkan.

BACA : DAIHATSU TERIOS – ALKISAH SUV KOMPAK

BACA : PANDU UJI: BEZA TOYOTA RUSH DENGAN PERODUA ARUZ

Google ads

B K

Back to top button