Buletin

TOYOTA PERKENAL SISTEM LANGGANAN KERETA DI JEPUN – BAKAL BEROPERASI AWAL TAHUN 2019

Toyota Motor Corp. akan memperkenalkan satu perkhidmatan baru yang membolehkan pelanggan menggunakan pelbagai jenis kenderaan dengan hanya membayar yuran bulanan.

Menjadi sistem pertama seumpamanya di Jepun, perkhidmatan yang dikenali sebagai Kinto itu akan disediakan oleh para pengedar Toyota di Tokyo bermula awal tahun 2019. Ia dijangka dikembangkan ke wilayah lain di Jepun dan ke negara lain secara berperingkat-peringkat.

Perkhidmatan tersebut direka untuk meluaskan kelompok pelanggan kerana mereka kini lebih cenderung memandu kereta, bukan memilikinya. Pelanggan boleh memilih jenis kenderan mengikut kesesuaian.

Misalnya, sedan premium untuk tujuan perniagaan dan SUV ketika hendak beriadah.

Lebih menarik lagi, kos-kos seperti insurans, cukai dan penyelenggaraan sudah dimasukkan ke dalam yuran keahlian. Model perniagaan ini disasarkan kepada golongan muda.

Perincian mengenai jenis kenderaan dan yuran bulanan masih dalam proses penilaian.

Sistem langganan kenderaan seperti ini sudahpun diperkenalkan di negara lain. Sebagai contih, Porsche menawarkan yuran langgana sebanyak AS$2,000 (RM4,000) sebulan di Amerika Syarikat.     

Google ads
Back to top button