Buletin

TOYOTA SPORTS EV: ADAKAH INI PEWARIS SAH TOYOTA MR2?

Toyota baru-baru ini memperlihatkan sehingga 15 buah model konsep EV, namun untuk fokus kepada semua model, anda mungkin akan mengantuk membacanya.

Oleh yang demikian, mari kita lihat kepada salah satu model yang menarik perhatian penulis – konsep kereta sports Toyota Sports EV.

Dari segi rekaan, ia dilihat membawakan perkadaran seperti sebuah kereta sports yang dilengkapi dengan enjin tengah, sama seperti model asal Toyota MR2.

Terdapat juga logo GR yang memberikan bayangan penambahan keluarga baharu Toyota Gazoo Racing dalam era kenderaan elektrik akan datang.

Melihatkan saiznya yang agak kecil itu, tidak sukar untuk meneka inilah model yang bakal menggantikan peranan Toyota MR2, dengan kemungkinan konfigurasi pacuan roda belakang yang lebih ideal berbanding pacuan semua roda yang jauh lebih berat.

Jadi untuk golongan petrolhead, adakah anda tidak sabar untuk menantikan kehadiran model kereta sports elektrik ‘midship run-about 2-seater‘ pada masa akan datang?

Google ads
Back to top button