Buletin

SEBASTIAN OGIER MEMANDU UJI GR YARIS RALLY1 BUAT PERTAMA KALI

Penyandang kejuaraan WRC 2021, Sebastian Ogier buat pertama kalinya berjaya menamatkan sesi uji pandu jentera baharu Toyota GR Yaris Rally1 selama dua hari pada hujung minggu yang lalu.

Sebastian Ogier yang memandu uji di kawasan pergunungan Alps sambil menikmati suasana matahari terbit serta cuaca yang kering. Walau bagaimana pun, masih terdapat permukaan yang berais bagi memberikan gambaran ketika perlumbaan pembukaan di Rallye Monte-Carlo lebih kurang sebulan daripada sekarang.

Sepatutnya Sebastian Ogier berpeluang menandu uji jentera Rally1 tersebut lebih awal sebelum ini namun gagal disebabkan kemalanngan hingga mengakibatkan jentera rosak yang teruk ketika dipandu uji oleh Elfyn Evans.

Untuk makluman selepas ini Sebastian Ogier hanya bakal berlumba secara separuh masa sahaja bagi kempen WRC 2022 dan beliau bakal turut beraksi untuk perlumbaan pembukaan di Monte Carlo kelak. Dijangkakan Sebastian Ogier bakal melakukan sekali lagi sesi memandu uji jentera ini bagi mendapatkan data data yang diperlukan kelak.

Dan ternyata Sebastian Ogier menikmati sesi tersebut ketika sesi ujian dilakukan dengan keupayaan jentera Rally1 tersebut menghasilkan kuasa maksimum 500 BHP yang digabungkan dengan motor elektrik 100kW dan juga enjin 1.6 liter turbo. Ketika sesi ini dijalankan, Sebastian Ogier turut berpasangan dengan Benjamin Veillas sementelah Juruarah sebelum ini mengumumkan pengunduran dalam kancah WRC.

Sementara itu, Pengarah Teknikal Toyota Gazoo Racing, Tom Fowler mengesahkan bahawa jentera Rally1 yang diuji oleh Sebastian Ogier hujung minggu tersebut adalah merupakan spesifikasi akhir yang bakal digunakan ketika perlumbaan pembuka tirai kelak pada 20 – 23 Januari 2022.

“Kami telah menyiapkannya dan bersedia untuk berlumba”, menurut Tom Fowler.

“Spesifikasi untuk Monte-Carlo telah bersedia kami sedang menyiapkan untuk berlumba di sana. Bengkel kami di Finland sangat sibuk sekarang ini untuk menyiapkan jentera pertama kami”.

Tambah Tom Folwer lagi sesi pemeriksaan untuk proses homologasi bersama FIA telah pun dilakukan pada minggu lepas dan hanya untuk melakukan beberapa sentuhan terakhir untuk kertas kerja kepada FIA dan sepatutnya tiada masalah untuk mendapatkan kelulusan akhir.

Sama seperti pasukan Hyundai Motorsport, Toyota Gazzo Racing turut mengubah beberapa perincian penampilan luaran sebelum ini. Sudah tentu ini bagi mengaburi mata pasukan lawan.

Apa pun, rasanya ketiga tiga pasukan pasti sudah bersedia untuk melancarkan jentara Rally1 masing – masing kelak.

BACA : TOYOTA GR YARIS RALLY1 – PENCABAR SEBENAR KEJUARAAN WRC 2022

BACA : WRC 2021 – SEBASTIAN MENANG & MUNCUL JUARA WRC KALI KE LAPAN

Google ads

B K

Back to top button