Artikel Pilihan

TOYOTA SUPRA MANUAL, DIBUAT KERANA ADA PEMINAT TAK PUAS HATI?

Ketika dilancarkan pada tahun 2019, Toyota GR Supra hanya ditawarkan dalam satu pilihan trenkuasa sahaja iaitu dengan enjin 3000cc 6 silinder yang menghaslilkan sekitar 342 kuasa kuda dan datang dengan transmisi automatik sahaja.

Tidak lama kemudian varian 2000cc 4 silinder turut ditawarkan sebagai pilihan untuk pembeli yang mahu sebuah kereta yang murah untuk dijadikan asas kereta projek mereka, tapi ia tetap datang dengan transmisi automatik 8 kelajuan yang dibekalkan oleh ZF Transmission.

Varian manual memang tiada dalam perancangan produk ketika Toyota GR Supra dihasilkan dulu dan transmisi automatik 8 kelajuan dipilih kerana ia lebih cepat memecut, lebih laju, lebih menjimatkan bahan api dan memang menang dari segi prestasi berbanding dengan manual

Toyota terpaksa menghasilkan gear manual atas sebab permintaa daripada peminat dan tekanan daripada pesaing mereka yang tetap menghasilkan transmisi manual bagi kereta sport mereka. Porsche Cayman dan Nissan Z adalah beberapa contoh terdekat kereta sport yang masih menghasilkan transmisi manual

Tapi menghasilkan transmisi manual bukanlah semudah yang disangka kerana transmisi tersebut sebenarnya tidak wujud dan diambil daripada mana-mana transmisi manual BMW yang sedia ada. Jurutera Toyota terpaksa bersusah payah menghasilkan transmisi manual dengan menggunakan gabungan komponen transmisi manual yang ada pada BMW

Transmisi manual 6 kelajuan yang dihasilkan adalah transmisi baru sepenuhnya tapi dibangunkan dengan menggunakan komponen BMW yang sedia ada. Ia terpaksa dilakukan kerana kos pembangunan transmisi manual untuk pasaran yang sangat kecil adalah sangat mahal

Untuk memuatkan tombol gear manual, jurutera Toyota terpaksa menghasilkan semula perumah tombol gear di bahagian tengah dengan lebih lebar. Ini dilakukan supaya ia memiliki ruang yang cukup untuk komponen mekanikal serta memuatkan suis sistem iDrive.

Tombol gear juga diposisikan ke belakang sedikit berbanding tombol gear automatik bagi mengelakkan tangan pemandu terlanggar suis penyaman udara secara tidak sengaja ketika operasi menukar gear. Kemasan bahagian tengah juga diubah sedikit bagi memudahkan pergerakan tangan.

Versi tahun 2023 menyaksikan Toyota Supra akan turut menerima sistem kestabilan elektronik yang dipertingkatkan dan sistem kawalan stering yang diperkemaskan. Antara kelebihan sistem ini ialah ketika melakukan selekoh hairpin, ia akan lebih stabil sewaktu mengambil selekoh dan mendaki bukit

Toyota juga terpaksa mereka semula perumah transmisi, drive shaft dan menggunakan klac berdiameter besar dengan spring yang lebih kuat bagi beroperasi dengan enjin yang menjana hampir 500Nm tork. Malah transmisi manual ini juga dilengkapi dengan sistem pintar IMT khusus untuk prestasi iaitu dengan Sport Mode

Final ratio pada gear manual ini juga dipendekkan dari 3.15 (8 gear automatik) kepada 3.46 untuk versi manual bagi memastikan pecutan Supra manual setara dengan versi automatik

Google ads
Back to top button